Dalam kita meniti hidup ini, kita mungkin tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Sama ada kesalahan kecil atau kesalahan besar bukan itu yang dipertikaikan krn pada hakikatnya kita telah melakukan kesilapan. Namun itulah hakikatnya, manusia tidak sempurna dan memang penah dan mungkin akan melakukan kesilapan, dlm sedar mahupun tidak.
Saya rasa tajuk kat atas tadi dah boleh menjelaskan dah mengenai artikel kali ni. Hari ni saya berkongsi mengenai cara nak mintak maaf pada mak ayah yang dah takde atau dlm erti kata lain adalah telah meninggal. Diharap kalian semua mendapat manfaat darinya (*_*)..
1. taubat kdp Allah
biasanya bila kita bersalah pada manusia, kita disarankan supaya memohon maaf pada insan tersebut. Namun dlm kes ni, macam mana nak mintak maaf sebab mereka memang dah takde. Jadi caranya kita bertaubat kpd Allah. Ibarat kita mintak maaf dgn Allah. Kita menyesali segala perbuatan kita dulu, kita rasa malu kat Allah, dlm masa yg sama juga kita harus berazam pada diri kita supaya kita tak ulangi perbuatan yg sama. Dan selain tu kita kena berhenti segera perbuatan menzalimi org lain. Tak kira sape pun org tu. Sebab menzalimi org len ni berdosa (insyaAllah semua dah tau kan pasal ni..).
2. jangan lupa doa utk mak ayah
Bagi menebus kesalahan kita pada mak ayah kita, seboleh2nya kita kenalah berdoa utk mereka. Berdoa supaya segala kesilapan dan kesilapan mereka diampunkan. Jadi by the time kita nak kesana, mungkin Allah dah perkenankan doa kita, secara tak langsung ia akan menggembirakan mak ayah kita tadi. Jadi mungkin ia akan membuatkan mak ayah anda dah ampunkan kesalahan anda dulu..insyaAllah.
cakap pasal doa ni, bape kali kita berdoa dlm 1 hari?? insyaAllah saya percaya sahabat2 kat luar
“Jika kita bersyukur pada Allah, kita solat 5 kali sehari, bersyukur pada mak ayah, kita doa utk mereka (5 kali sehari)”
3. menziarahi kubur mereka pada hari jumaat
kita disarankan supaya kerap menziarahi kubur krn banyak kebaikannya. bila kita menzirahi kubur secara tak langsung ia akan memberi keinsafan kpd kita. Selain itu ia juga akan memberi semangat dan kesungguhan kpd kita utk berdoa. Hal ini krn kita berada dlm suasana dimana kita sedar apa tujuan kita disana.
“sesiapa yg menziarahi kubur pada hari jumaat, maka ditulis kpdnya keampunan dosa dan dikira berbakti kpd mereka”
4. melaksanakan cita2/ janji dan hasrat mereka
apabila kita tolong laksanakan hasrat mak ayah kita yg tak kesampaian itu, kita telah dikira berbakti kpd mak mereka.
“bila kita berbakti, ia akan menghapuskan dosa2 kita”
5. mengeratkan silaturahim dgn kawan2 mereka
bila kita
“sebaik2 kebaktian adalah eratkan silaturahim antara kawan2 ibu ayah kita” – sabda Rasulullah s.a.w
6. bersedekah bagi pihak mak ayah
bersedekah bagi pihak mereka dapat ampunkan dosa mereka
sedekah yg paling afdal adalah sedekah air krn air merupakan keperluan semua makhluk. Sebagai cth: kita blh tlg bayarkan bil air utk masjid, atau mebiayai pelajar (krn ia merupakan keperluan bagi pelejar tersebut).
7. berpuasa bagi pihak mereka
yg ni maksudnya kita tolong qada’ puasa mak ayah kita. Mana tau semasa hayat diorang ada puasa yg tertinggal, jadi kita sebgai anak2 ni harusnya menebus bagi pihak mereka.
P/s : bila kita berbakti, ia akan menghapuskan dosa2 kita
Yg berlalu biarlah berlalu, umur takleh ditarik balik. Apa yg penting kita hargai mereka sementara masih lagi berpeluang. Jangan sesekali kita sia2kannya.
Semoga kita semua tergolong dlm golongan anak yg soleh dan solehah.
Berbaktilah kpd kedua ibu bapamu sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment