KUALA LUMPUR - Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila secara rasminya semalam menerima tren baru berteknologi tinggi serta mesra pengguna yang dikenali sebagai Electric Train Set (ETS) yang dijadual beroperasi sepenuhnya pada April 2010.
Tren itu yang dibekalkan oleh CMK Konsortium dengan kerjasama Hyundai Rotem dari Korea dan Mitsubishi Electric Corporation dari Jepun dengan kos RM240 juta dikategorikan sebagai tren terpantas yang pernah dimiliki negara dengan kelajuan 140 kilometer sejam.
Set pertamanya yang didatangkan dengan enam gerabak tiba dari Pelabuhan Klang pada 3 Disember lalu manakala baki empat set akan tiba secara berperingkat pada tahun depan.
Lebih mengagumkan, perkhidmatan ETS itu yang menghubungkan laluan Ipoh-Seremban-Ipoh bakal menjimatkan kira-kira sejam waktu perjalanan.
No comments:
Post a Comment