Monday, December 7, 2009

wane2 kehidupan

Pasti ada satu warna kegemaran anda.Menurut pakar psikologi,waarna mampu menyatakan banyak perkara tentang personaliti anda. Apakah warna anda?

MERAH
1. Anda mempunyai tekad yang kuat dalam hidup dan mampu menangani rintangan yang mendatang yang selalunya orang lain tidak mampu hadapi.
2. Anda menggemari persekitaran yang berwarna-warni dan menyeronokkan.
3. Anda berkemampuan untuk melakukan sesuatu perkara yang memerlukan tenaga secara spontan dan rileks.
4. Anda sangat bertenaga dan berminat banyak perkara dalam hidup.
5. Anda mampu untuk mencapai apa yang diimpikan jika anda memberi tumpuan dan bersungguh-sungguh.

HIJAU
1. Anda seorang yang bersungguh-sungguh dalam banyak perkara dan jika ditinggalkan bersendirian dan tidak dikacau.
2. Anda seorang yang bersenang-lenang dan asli,anda mampu rileks dan menikmati banyak perkara terbaik dalam hidup.
3. Anda mempunyai bakat seni dan pandai 'melihat' seni.
4. Anda bekerja keras untuk memperbaiki kehidupan dan mampu mengatasi tekanan dalam pekerjaan.

HITAM
1. Anda memerlukan persekitaran yang aman,tiada konflik.
2. Anda menggemari yang asli.
3. Anda menggemari perhatian,tetapi tidak pasti bagaimana untuk menanganinya.Tipsnya ialah layan orang lain sebagaimana mereka melayan anda.

BIRU
1. Anda menggemari persekitaran yang nyaman.
2. Anda mempunyai kecantikan yang asli.
3. Anda mampu mengatasi segala rintangan jika anda ingin mencapai impian anda.
4. Anda sentiasa akan merancang dahulu sebelum anda menjalankan sesuatu perkara.

UNGU
1. Anda seorang yang spontan dan mempunyai minda yang pantas dan asli yang tidak mengenal batasan.
2. Anda seorang yang menghargaai persekitaran yang cantik terutamanya alam semulajadi.
3. Anda tidak kalut dan yakin dengan diri sendiri.
4. Anda seorang yang unik dan mempunyai citarasa yang pelik tetapi selesa dengan kawan-kawan yang konservatif.

COKLAT
1. Anda sukakan persekitaran yang nyaman dan semulajadi.
2. Anda tertarik dengan kegiatan luar dan sukakan cabaran.
3. Anda selesa dengan apa yang ada pada anda dan tidak terpengaruh dengan stail masa kini.

KUNING
1. Anda seorang pemikir yang hebat dan mampu melepasi banyak rintangan dalam kehidupan.
2. Anda seorang periang,peramah dan sering membuat orang di sekeliling gembira.
3. Anda seorang yang kelakar dan tidak gemar situasi yang serius dan tegang.
4. Jika ada sesuatu yang mengganggu minda anda,anda akan menceritakannya supaya ianya tidak disimpan di dalam hati.

Ini hanyalah ramalan sahaja,terpulang kepada anda untuk menilainya..

3 comments:

farhana said...

sejak akhir2 nh kakna suka sume warna-warna kat atas nh.. hehe x tahu kenapa.. dulu ada warna2 yang spesifik.. tp skrg sume warna tu kakna suka.. hoho

farhana said...

sejak akhir2 nh kakna suka sume warna-warna kat atas nh.. hehe x tahu kenapa.. dulu ada warna2 yang spesifik.. tp skrg sume warna tu kakna suka.. hoho

insan_kerdil said...

xpe kak na...xde org nak marah...lg pon 2 hak kak na nak suka wane pe2 pon..
lg pon bnd 2 sume x semestinya betul, jika ada yg sama, itu hanya kebetulan..
itu sume kuasa Allah nak jadikan kita ni sape2..btol x???hehe