Sunday, December 25, 2011

"What you give, you get back"


Alhamdulillah..terasa diri ini sangat diuji..
Tetapi percayalah, indahnya hidup ini jika bersabar..
Dan tidak dinamakan ujian jika ia adalah sesuatu yg kita sukai..

Jika terasa diri diuji dengan karenah manusia, cuba musabah balik..
Cuba check balik apa yang pernah kita lakukan sepanjang perjalanan kehidupan ni.
Andai ada manusia melayan anda dengan buruk, jangan salahkan mereka.
tetapi muhasabah diri anda balik.
Mungkin anda lagi teruk dari mereka..

Allah hanya menghantar mereka sebagai "cermin" utk menyedarkan kita.
Ingatlah...kita ni cuma manusia biasa yg penuh kelemahan..
Kadang-kadang kita perlukan orang2 disekeliling kita untuk mengingatkan kita..

P/s : banyakkan bersabar dan beristigfar..

P/s/s: " Tidak sempurna iman seseorang dari kami sehingga dia kasih kepada saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"

Tuesday, December 20, 2011

Aku hamba yg sering terlupa.

Alhamdulillah..
Kita sentiasa dikurniakan nikmat yg tidak terhingga..
Nikmat yg tidak pernah putus dari-Nya..

Namun kita selalu terleka..
Terleka dengan dunia yg "beracun"..
Kita lupa dan alpa..
Terasa dunia kita yang punya..

Lupa akan kewajipan kita..
Alpa dengan dengan nikmat-Nya.
Ingkar akan perintah-Nya..

Andai saat ini adalah "saat terakhir" kita merasa nikmat-Nya..
Andai saat ini "saat terakhir" kita berada disini..
Andai saat ini kita bakal memulangkan segala pinjaman-Nya..

Bersedikah kita?
Mampukah kita hadapinya dengan tenang?
Bolehkah kita kembalikan semuanya dlm keadaan sempurna?

Andainya kamu belum bersedia..
Persipkanlah dirimu wahai "diriku"..
Kerna kamu masih punyai waktu..

~ Alhamdulillah ya Allah diatas kesempatan yg telah Engkau kurniakan kepadaku..kesempatan waktu dan peluang..InsyaAllah tidak akan aku persiakan..

~ Ya Allah jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam..jadikan kami hamba2 yg sentiasa bersyukur dan redha dalam setiap apa yg berlaku..kuatkanlah "perisai" kami dalam menghadapi "peperangan" dalam dunia yg sementara ini..Aminnn.

Monday, December 12, 2011

Hukum susuan...

Jam 12 tengah malam tadi saya dikejutkan dgn 1 mesej dari seorang sahabat. Sahabat saya bertanyakan tentang hukum mengenai susuan. Untuk mejawab persoalan sahabat saya, saya telah mentelaah nota2 lama saya dan membuat beberapa research utk menguatkan hujah.

Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat kpd semua. Jika sahabat2 mempunya sebarang penambahan, saya sangat alu-alukan.

Hukum asal susuan adalah harus walaupun kepada bukan anak kandung.

SYARAT utk menjadi anak susuan :
~ berumur kurang 2 tahun
~ menyusu  5 kali kenyang

Jadi , sekiranya ukhti pernah menyusukan anak saudara ukhti, namun jika ia masih belum memenuhi syarat seperti diatas, anak saudara ukhti masih belum menjadi anak susuan ukhti. Dan hubungan ukhti dengan anak saudara tersebut masih lagi sama (ibu saudara dan anak saudara).

KESAN hukum
Apabila anak tersebut telah sah menjadi anak susuan ukhti, maka secara tak lansung hubungan anak tersebut dengan ukhti adalah seperti anak kandung sendiri.

1) Aurat
Aurat antara anak susuan dgn keluarga susuan (ibu susuan, bapa susuan (suami kpd ibu susuan) dan adik beraik susuan) sama seperti dgn mahramnya.

2) haram nikah

  1. Wanita yang menyusukannya;
  2. Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
  3. Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
  4. Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
  5. Ibu kepada wanita yang menyusukan;
  6. Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
  7. Adik-beradik wanita yang menyusukannya. Anak-anak kepada adik-beradik wanita tersebut tidak diharamkan berkahwin dengannya; dan
  8. Wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang disusukan dan ke bawah.


3) Wali
----> bapa susuan tidak layak menjadi wali bagi anak perempuan susuan
----> anak susuan layak menjadi wali kpd adik beradik susuannya

3) Pusaka / wasiat
Walaupun hubungan anak susuan dgn keluarga susuan adalah seperti keluarganya sendiri, namum anak susuan tidak layak untuk menerima harta pusaka dari kelurga susuannya.

Jika ukhti berhasrat untuk mengambil anak susuan, ukhti perlu mendapatkan kebenaran dari suami ukhti kerana ia akan melibatkan nasab keturunan dan secara tidak langsung akan berkait dengan suami ukhti. Dan, dalam masa yg sama juga, ukhti perlu memaklumkan kpd ibu dan bapa kanak2 tersebut.

Untuk menambahkan bahan bacaan, ukhti juga blh rujuk pada beberapa sumber lain :
 http://fitrahislami.wordpress.com/2011/11/09/hukum-anak-susuan/
https://www.facebook.com/hm4hbmalaysia?sk=app_4949752878#Q2
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic86_2001.htm

P/s : Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berkesempatan utk menulis, malam ini saya diberi kekuatan utk menulis. Tajuk kali ini agak berlainan "temanya" dengan blog saya.

Friday, September 30, 2011

Nikmat yang tidak terhingga.



Alhamdulillah, mari mulakan hari kita dengan ucapan syukur padanya ^_^..bukan susah pun..cuma satu patah perkataan yang sangat senang diucapakan..namun sangat sukar dilafazkan..Kenapa ek? Tepuk dada, tanya iman kita..Hanya kita yang tahu apa jua alasannya..

Alhamdulillah, sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang Dia telah kurniakan pada kita. Sama ada kita sedar atau tidak, kita sedang menikmati banyak sangat nikmat dari-Nya. Dan jika kita mampu menghitung segala nikmat-nikmat tersebut, kita pasti akan merasa malu kepada-Nya..Dengan segala nikmat yang telah dan sedang Dia berikan pada kita, kita masih sanggup untuk melupakan-Nya. Malah bukan itu sahaja, kita juga tanpa segan silu telah melanggar segala larangan-Nya. Astagfirullah..

Sesungguhnya kita takkan mungkin mampu mengira segala nikmat yg telah dikurniakan dari sebelum kita dilahirkan sehinggalah ke hari ini..Mugkin juga banyak nikmat-nikmat yang sedang kita nikmati kita abaikan. Kita seakan-akan tidak sedar yang ia adalah satu nikat..

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita sihat dan esok pula kita sakit..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa kesihatan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita lapang dan esok pula kita sibuk..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa kelapangan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.


Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita mepunyai anggota badan yang lengkap dan esok pula kita kehilangannya..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa anggota badan kita adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita mampu melihat dan esok pula kita sudah tidak mampu melihat..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa penglihatan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita dapat mendengar dan esok pula kita sudah tidak mampu mendengar..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa pendengaran adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita masih mempunyai makanan dan esok pula kita sudah ketiadaan makanan..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa makanan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita sihat dan esok pula kita sakit..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa kesihatan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.
Dan pernahkah kita terfikir jika hari ini kita diberi peluang untuk bernafas dan esok pula kita sudah tidak mampu menikmati ia..Ianya sudah ditarik balik dari Pemberinya..Kita sudah tidak berpeluang untuk bernafas (berhidup) dan melihat dunia ini lagi..Kita judah dah tak mampu untuk merasai semua nikmat-nikmat yang lain juga..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa bernafas (berhidup) adalah satu-satunya nikmat yang tidak mungkin dapat ditukar ganti.

Jadi sahabat-sahabat yang saya kasihi dan sayangi kerana Allah, juga untuk diri saya sendiri, marilah kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. Dan menggunakan segala nikmat yang diberikan kejalan yang diredhai.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilanganya” ~ Syrah Al-Baqarah, Ayat 34

P/s : Ya Allah sesungguhnya nikmat dan kurnia-Mu lebih luas dari amalan kami, maka Engkau ampunkanlah segala kesalahan dan kesilapan kami. Jadikanlah kami hamba-hambanya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat-Mu. Dan jadikanlah kami dapat menggunakan segala nikmat-nikmat tersebut dijalan yang Engkau redhai dan sukai. Aminn..


P/s : Jangan kita lokek untuk menyebut Alhamdulillah kerana setiap kali kita mengucapkan Alhamdulillah, para malaikat tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dituliskan kepada kita. Betapa besarnya ganjaran yang Allah janjikan hanya untuk satu perkataan yang sangat senang diucapkan..Jom sama-sama perbanyakkan ucapan “Alhamdulillah” sahabar-sahabat.

P/s : Alhamdulillah..Alhamdulillah..Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat ni, Allah masih memberi peluang dan “mebantu” saya menyiapakan tugasan yang perlu diselesaikan hari ni..Alhamdulillah..

Monday, September 26, 2011

Andai ku tahu...


Andai ku tahu...
Astagfirullah hal azim..
sesungguhnya aku tidak tau, bilakah waktunya..

P/s : Semoga "permergian" aku adalah 1 istirehat dr segala dosa..
Semoga kembalinya aku kpd Penciptaku dlm keadaan keredhoan-NYA..

P/s : Ya Allah, matikanlah kami dalam iman..matikan kami dlm keadaan khusnul khatimah..Tempatkanlah kami di syurga tertinggi-Mu supaya kami dapat menatap wajahMU dan  bertermu Rasulullah s.a.w..

Doa utk mendapat khusnul khatimah : اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Alloh, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”

Sunday, September 25, 2011

Selamat Berhidup ^_^..


Sesungguhnya kehidupan dunia hanya sementara cuma..
Walau sesakit mana pun hati kamu..
Walau sesedih mana pun perasaan kamu..
Walau sekecewa mana pun kamu..
Ingatlah..Ia hanya sekejap sahaja..
Kerana hidup didunia hanya sementara..
Negeri akhirat kekal jua..


"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti? " ~ (6:32)


P/s : Selamat berhidup..Gambate..

Friday, September 23, 2011

Dimana kan ku cari ganti...

Alhamdulillah diatas kesempatan dan peluang utk menconteng blog yg hampir bersawang nie.



Kenapa manusia mudah lupa?
Kenapa manusia senang alpa?
Kenapa manusia tidak mengenang jasa?

Oh ayah, semoga anak-anakmu kuat dlm menempuh ranjau yg berduri tanpa kehadiranmu..

Oh ibu, semoga jasamu sentiasa tersemat di dada..
semoga pengorbananmu tidak ku lupa..

Kasih ibu ayah tiada bertepi..
Tiada berganti..

~tiada motif, sekadar merindui seorang ayah..
~Al-Fatihah buat arwah ayah, moga beliau sentiasa dicucuri rahmat n kekal bersama para solihin..

Sunday, July 31, 2011

Jom kita grab "Mega Month" ^_^..

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya mencari kekuatan utk mencoret disini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberi saya kekuatan itu..Syukur padaNya juga, malam ini jika kita masih dipanjangkan usia, kita bakal berpeluang menegerjakan terawih yg pertama pada tahun ini..Alhamdulillah.

Setiap tahun, tak kira di mana pun, kita selalu dihebahkan dengan "Mega Sale" yg dianjurkan oleh pelbagai pihak. Macam2 juga yg ditawarkan sempena mega sale tersebut. Dengan promosi sana sini, harga runtuh, harga terendah, harga terbaik dan macam2 lagi. Dan setiap kali itu juga kita akan terpengaruh, sanggup berhabis. Menghabiskan wang saku, menghabiskan waktu dan mengahbiskan tenaga semata2 nak merebut mega sale. Yang kononnya pada masa2 tertentu sahaja.

Demi mega sale kita sanggup lakukan apa sahaja utk dapatkannya. Tapi bagaimana pula dengan "Mega Month" ??? Maka rugilah bagi mereka yg tak merebut "Mega Month" kali ini. Munkinkah ini kali terakhir "Mega Month" bagi kita. Jangan kita sia2 kan ia. Entah sempat atau tidak kita menghabiskan sebulan waktu kita di "Mega Month"  kali ni. Semoga kita semua diberi kesempatan utk sama2 menghargai "Mega Month" ini.

InsyaAllah esok , tanggal 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan , maka secara rasminya bermulalah "Mega Month" yg ditawarkan buat semua umat yg bergelar Islam. Istimewa utk umat Islam sahaja.Jom kita tengok apa yg macam mana cara kita nak merebut "Mega Month" ini ^_^..

Keahlian : Terbuka kepada semua Umat Islam
Lokasi : Dibumi Allah
Waktu : Sepanjang bulan Ramadhan
Syarat kelayakan : Beragama Islam


Promosi : ~ Pahala amalan yg digandakan 
               ~ Musuh2 kita dirantai
Mega Promosi : ~Malam Lailatul Qadar

Untuk lebih detail, disini saya ingin berkongsi sedikit hasil pencarian saya dgn sahabat2 yg saya kasihi sekalian . Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua ^_^..


Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.


Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.


Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.


Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.
Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:


"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)



Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa
Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
P/s : Ya Allah semoga madrasah Ramadhan kali ini dapat mendidik kami menjadi hamba yang lebih baik. semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelum2 ini. Ya Allah sempatkanlah kami betemu "Malam Lailatur Qadar" Mu..Aminnn..

Thursday, July 14, 2011

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa?

Ambillah masa membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang dan anda benar-benar tahu apa yang berlaku di Palestin pada hari ini.Ini serius! Apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa! 


Pertama. Lihatlah pengalian dibawah Masjid Al-Aqsa...cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa dan di tempat ini untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah tahu bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja. Ini perlu perhatian dunia Islam. Umat Islam yang berjuta-juta ramainya seperti buih dilautan berbanding yahudi laknatullah ini melarang keras kerja-kerja penggalian yang akan meruntuhkan Masjidil Aqsa suatu hari nanti iaitu Qiblat pertama bagi umat Islam sebelum Masjidil Haram.









Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini! Ini satu kebenaran yang mengejutkan.






Gambar dari Kuil Zionis. Ini adalah struktur pertama kali dikembangkan oleh Zionis di depan Masjid Al-Aqsa







Imaginasi dari pelukis kesan Kuil Solomon






Gambar keretakan tiang besar, lantai dan dinding Masjidil Al-Aqsa akibat dari kerja-kerja penggalian di bawah Masjidil Al-Aqsa.









Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung "DOME OF THE ROCK. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid " Dome of the rock" sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak menyedari yang mana satu Masjidil Al-Aqsa. Penulis pun baru tahu selepas dikelirukan oleh media barat.

Ini merupakan cara ZIONIST, sehingga Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak perasan dan tahu kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjid yang sebenarnya.



Keretakan di laman dan di dalam masjidil Al-Aqsa. Masjid "DOME OF THE ROCK" yang dilatar belakang.









Kenapa harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang di kehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S dan rahsia yang tertanam di bawah Masjidil A-Aqsa

• Balik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman".

• Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

• Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja.

• Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme. Baginda memerintahkan segala pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab atau laman bahawa okultisme atau yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Ajaran ini dimana amalan iaitu berkaitan dengan jin dan setan.

• Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia harus tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang selari dengan manusia, tetapi tidak harus berkomunikasi dengan satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak ada perkara seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.



• Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak ada siapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

• Dimana baginda menanamkan iaitu di bawah tapak kuil asas tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesasteria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga asas kuil Sulaiman siang dan malam.

• Kesatria melakukan ini pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman (AS) wafat, The Knights menemukan apa yang mereka menjaga. Mereka menyedari pentingnya maklumat ini, amalan sihir mereka berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan dan benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis (setan). Kerana sifat ritual mereka, mereka dengan cepat menjadi yang paling kuat dan orang-orang terkaya di negeri itu. Wawancara terbaru dengan ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan dan keuntungan material di dunia ini, asalkan mereka melakukan apa saja yang ingin mereka iaitu menyebarkan rasuah, kefasikan dan kehancuran di bumi di wawancara juga mengatakan bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ia adalah Allah yang nyata. Dan itu ia hanya salah faham.

• Selanjutnya selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar memberi nama "Free Mason". Dengan kekuatan yang ditemui, baru mereka cepat menyebar pengetahuan ini di seluruh dunia, dalam bentuk perkumpulan rahsia.

Semua dengan satu tujuan iaitu melayani "Allah" Setan, dan untuk mempersiapkan kedatangan Dajjal bermata satu, yang mewakili setan di bumi. simbol mereka adalah piramid atasnya oleh "semua melihat" SATU mata! Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai satu mata melihat semua yang mereka sebut Mata Ra, dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.


WARNS US AGAINST THE BEING WITH THE “ONE” EYE.


• Kalau tak percaya? Lihatlah bahagian belakang bil Dolar AS - semua melihat satu mata di sana! simbol dimerata-rata. Amerika adalah negara pertama di dunia Masonik. Ada banyak kajian yang menyokong tuntutan ini, bukti mengejutkan, wawancara, adalah "RAHSIA" pengetahuan alam semesta ini yang masyarakatnya yang memiliki tuntutan. Sebenarnya mengamal ilmu hitam iaitu ritual sihir. Ini adalah "rahsia" mereka selalu berbicara tentang menguasai masa depan anda, mencipta kekayaan dengan meminta alam semesta untuk memberikannya kepada anda rohani, tidak berugama dll. Ini adalah bertentangan dengan Islam di mana iman kita dan kepercayaan kepada Allah SWT untuk tawakal kepadaNya. Itu sebabnya sebahagian orang Islam yang murtad kerana melihat Syaitan dan Iblis merupai Nabi Isa mendatangi mereka dan menolong mereka semasa dalam kecemasan. Dan mereka mempercayai Nabi Isa AS, tetapi sebenarnya kerja-kerja setan!









Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan dewa mereka iaitu "Dajjal".



Apa yang Islam dan Nabi Muhammad SAW memperingati kita tentang kedatangan dajjal

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah di mana Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman RasuluLlah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak "bermata satu". Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah "Master of Deception".

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan." Dajjal raja mereka, dan sesuai dengan keyakinan okultisme, mereka harus membangkitkan kuil asal baginya untuk mengambil takhtanya.

Jadi di mana kuil asal dari Zionisme?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ertinya Nabi Sulaiman AS tahu bagaimana kuasa jahat sihir ini, maka ia membina kuil pada candi zionist tersebut. Menyembah satu Allah SWT yang benar cukup kuat untuk mengelakkan setiap kejahatan yang terjadi di sana.

Ini adalah kerana mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa. Satu-satunya tempat ia boleh masuk dan memerintah, adalah kuil disesuaikan dengan alam yang jahat.

• Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan bersama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan menipu. . Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri mereka pro-Israel. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin akan diserang berkali-kali. Mereka perlu dan niat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa. Dan inilah mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim semua sebagai pengganas. Mereka ingin mengubah dunia melawan kita dalam kebencian, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang Arab! Muslim!. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal, dan menggambarkan akhir zaman, adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.

Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa....Allah hu akbar!


MEREKA memuliakan Tuhan MEREKA yang bermata satu! Astaghfirullah!.




























             

Sumber:Prince Killer @ malaysiaria.com
Sumber : depalma sp

Friday, July 1, 2011

Professional, Daie dan Hafiz

Assalamualaikum..

Saya mencari mereka yang berminat untuk menjadi guru kepada sebuah sekolah swasta yang akan dibuka. Sekolah tersebut bercita-cita untuk melahirkan profesional daie yang hafiz. Guru yang dicari adalah guru yang boleh berbahasa arab dan komited dalam usaha islah umat. Jika berminat, hubungi saya (Lillah) di 019-4737645 begin_of_the_skype_highlighting              019-4737645      end_of_the_skype_highlighting...Mohon memanjangkan iklan ini..

Moga Allah membantu usaha ini dan memberkatinya...
 Terima kasih..

Copy paste dr blog Coretan Fisabilillah ^_^..

Sunday, June 12, 2011

Ciri-ciri wanita solehah


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami *
~ * bagi wanita yg blm berkahwin, ciri ini digantikan kpd "taat kepada ibu bapa"
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

Thursday, May 19, 2011

Kualiti ibadat..


Jika amalan kita berkualiti tinggi, sudah tentulah ia amat "berharga" disisi Allah. Kita boleh menilai kualiti kita dalam beribadah. Terdapat banyak kayu ukur yang boleh digunakan dalam mengukur ibadah kita, seperti : keikhlasan, kekhusyukan, kesungguhan dan kekerapan (istiqamah) dalam beribadah. Jika kita mampu mempunyai nilai-nilai tersebut semasa beribadat, insyaAllah, ibadat kita adalah ibadat yang berkualiti. Ibadat yang berkualiti pula adalah  "berharga" kerana ibadat tersebut insyaAllah akan diiktiraf oleh Allah dan insyaAllah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengannya.

Tetapi jika amalan kita adalah sambil lewa dan kurang kualitinya, mungkin amalan tersebut kurang nilainya disisi Allah dan mungkin lebih teruk lagi jika Allah lansung tidak mengiktiraf amalan tersebut. Ibadat kita adalah ibadat yang sia-sia. Bahkan semua kepenatan kita juga tiada gunanya..

Sesungguhnya ibadat kita adalah dinilai dari segi kualiti, seperti firman Allah s.w.t : 
"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam 6 masa, dan 'Arsy-Nya di atas air, agar Dia menguji siapakah diantara kamu yang baik amalnya. " ~ Suran Hud, Ayat 7

Kesimpulannya, janganlah kita mensia-siakan segala kepenatan kita dalam ibadat dengan mengamalkan ibadat yang tidak berkualiti.


"Ya Allah, tunjukkanlah kami utk mensyukuri nikmat-Mu yg Engkau kurniakan atas kami dan kedua ibubapa kami dan agar kami dapat beramal soleh sebagaimana yg Engkau redhai. Islahkanlah kami (perbaiki diri kami) dan zuriat kami. Sesungguhnya kami bertaubat pada-Mu dan sesungguhnya kami diantara muslimin. "

"Ya Allah, kami mohon kecintaan-Mu dan kecintaan mereka yang mencintai-Mu dan amalan2 yg mendatangkan kecintaan-Mu"

"Ya Allah, jadikan cinta kpd-Mu sesuatu yg paling dicintai dan takut pada-Mu sesuatu yg menguasai hati kami. Dan keluarkan drp hati kami keperluan duniawi dan masukkan keghairahan utk bertemu dgn-Mu. Ketika ahli dunia mabuk dgn dunia mereka maka sejukkanlah hati kami dgn ibadat kpd-Mu."

"Ya Allah, jadikanlah umur kami yg terbaik dibahagian akhirnya dan amalan kami terbaik dibahagian penutupnya dan hari kami menemui-Mu hari yg terbaik sekali. Wahai Wali (Pelindung) Islam dan ahlinya, teguhkan kami dengannya sehingga kami bertemu-Mu."

Tuesday, May 17, 2011

Siapa Uwais Al-Qarni??




Uwais Al-Qarni, merupakan seorang insan yang juga umat Nabi S.A.W.  Lihatlah hamba Allah yang diredhi Allah tetapi dialah pengemis hina mencari dan menagih keredhoan Ilahi. Dialah pengemis hina di dunia tetapi disisi Allah dialah insan mulia bernama Uwais Al-Qarni.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar r.a. dan Saidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Saidina Umar dan Saidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah SAW: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian."

Memang benarlah kata-kata Rasulullah SAW, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar dan Saidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah SAW maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”


Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.


Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga."

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini."

Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala."

Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa."

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah SAW kepada Saidina Umar dan Saidina Ali: "Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni."

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar dan Saidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah SAW kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku." Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: "Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Saidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.” (HR Muslim)

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.

Wallahua’lam.

Doa ^_^...


Ya Allah, sesungguhnya daku in dha'if,
maka kuatkanlah daku dalam menuju redha-Mu..
Dan pimpini daku ke arah kebaikan,
dan jadikan Islam sebagai punca kebahagian tertinggi bagiku..

Ya Allah, daku mohon iman yg tidak goyang,
nikmat yg tidak putus,
dan bersama Nabi kami Muhammad s.a.w di darjat tertinggi di Jannatil Khuldi..
Aminn...

Penyakit manusia sekarang..


Banyak yang ingin diluahkan, tapi tak terluah. Banyak yang ingin dikongsikan, tapi tak terkongsi. Dan banyak juga yang ingin disampaikan, tapi tak tersampai. Banyak benar perkara yang nak kita lakukan dalam hidup ini, tapi semua tu tak semestinya kita capai. Banyak kekangannya, banyak juga halangannya. Tapi kita manusia, kadang-kadang tak kenal erti putus asa. Lebih-lebih lagi jika kita terlalu inginkan sesuatu. Kita akan usaha dan terus berusaha. Kita seakan-akan tamak untuk memiliki sesuatu. "Kalau orang lain ada... aku pun mesti ada ...jugak"..Erm..manusia la katakan. Kita tak sedar, sebenarnya apa yang kita tak dapat tu bukan rezeki kita. Percayalah, setiap orang ada rezeki masing-masing. Kita tak perlu nak dengki atau cemburu dengan orang lain. Ini tak, pantang nampak orang lebih sikit. Mula la datang penyakit hatinya. Mulalah nak dengki dengan orang. Biarlah kita ni hidup bersederhana. Islam pun ajar kita bersederhana. Bak kata pepatah, "ukur baju di badan sendiri". Baru la diri tak terbeban.

Kadang-kadang kita merasa kita adalah yang terbaik. Baik dari semua aspek. Kita tak sedar ada yang lebih baik dari kita. Walau kita sedar pun, kita buat-buat lupa. Seakan-akan, I'm the best among the best. Kita ni insan yang terpilih (konon). Kita ni yang terbaik, dah tak ada manusia lain yang lebih baik dari kita dah. Tapi kita lupa, jikalau sekalipun tiada manusia yang boleh tandingi kita, tapi ada Zat Yang Maha Agung yang tak terlawan dek semua yang ada di langit dan di bumi. Sedarlah, jangan asyik sangat dengan nikmat sementara ni. Mentang-mentanglah semua orang 'mengangkat' darjatmu, ingatlah itu hanya di dunia. Di akhiranya macam mana?? Dah yakin ke kita ke Jannatul Firdaus??


Tidak kurang plak yang suka 'memakan' daging saudaranya sendiri. Ada tu, yang sanggup meratah hidup-hidup. Sudah tiada rasa belas kasihan langsung. Apa nak jadi dengan manusia-manusia sekarang?? Lupakah kita pada janji yang Maha Esa. Setiap perbuatan akan dibalas setimpal dengan apa yang kita lakukan. Walau amal @ perbuatan tu ibarat sebesar biji sawi. Ya Allah, manusia mudah lupa. Sebab itulah kita disuruh sembahyang 5 waktu sehari semalam. Untuk apa, untuk menegaskan "Allah Maha Besar". Perasankah kita, bila kita solat berapa kali kita melafazkan "Allahhuakbar"?? Kita akan melafazkan berulang-ulang kali. Setiap perbuatan kita mulakan dengan lafaz "Allahhuakbar". Nak mula sembahyang, angkat takbir dan baca lafaz. Sebelum rukuk, sebelum sujud, sebelum duduk diantara dua sujud dan sehinggalah kita selesai menunaikan sembahyang. Semuanya dimulakan dengan lafaz "Allahhuakbar (Allah Maha Besar)". Kita mungkin tertanya-tanya kenapa kita perlu mengulang lafaz yang sama, sebabnya supaya kita sedar dan tidak lalai dari mengingatiNya. Barulah kita rasa takut unutk melakukan perkara-perkara mungkar.

Macam-macam karenah, macam-macam perangai yang kita jumpa. Semua dari golongan manusia. Betullah orang kata, "rambut sama hitam, hati lain-lain". Dari luarannya sama, tapi dalaman hanya Allah saja yang tahu. Kadang-kadang luaran nampak baik, tapi dalaman belum tentu baik. Manusia ni ada yang pandai berpura-pura. Berpura-pura baik, tapi sebenarnya tak. Pura-pura nak tolong kita, tapi sebenarnya nak ambil kesempatan keatas kita. Pura-pura nak bagi nasihat, tapi sebenarnya nak menyesatkan kita. Betapa susahnya kita nak mengenal manusia,sebabnya, luaran belum menetukan dalamannya. Tapi senang sangat kita nak kenal Pencipta kita. DIA tak pernah berpura-pura, tak pernah menipu, sentiasa adil dan semuanya ada padaNya. Apa lagi yang kita nak dalam hidup ni?? Tak cukup lagi ke kita ada DIA ??
Tepuk dada tanya iman....



P/s : Mungkin ada yang pernah baca artikel ni sebab ni artikel lama yg saya amik dari bprivate blog saya...hehe..Sengaja post kat sini utk berkongsi dgn semua..Semoga bermanfaat..

Macam mana nak berbaik dengan ibu??


Ini ada sedikit perkogsian buat sahabat yang bertanya..
Semoga bermanfaat ya ^_^..

Ingatlah......
Anda dah takkan ada ibu lain seperti beliau lagi..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk melahirkan anda..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup mengandungkan anda selama 9 bulan 10 hari..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup menyusukan anda selama 2 tahun..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup berjaga malam bila anda sakit..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup mengajar anda bercakap..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup mengajar anda berjalan..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup bersabar dengan karenah anda..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup berlapar demi memberi anda makan..

Ingatlah....
Anda sudah tidak akan mempunyai ibu lain seperti beliau lagi..

Jika beliau sudah tiada, anda sudah takkan dapat menggantikan tempat beliau dengan orang lain..
BECAUSE SHE IS THE ONLY ONE !!!