Sunday, February 27, 2011

Apa ya???

Dalam dunia ni agaknya apa yang kita kejar ya?

Apa yang kita cita-citakan dalam kehidupan kita ni?

Apa yang kita dambakan dalam hayat yang sementara ini?

Apa yang kita mahukan sementara umur masih bersisa ini?

Apa yang kita rancangkan untuk hari-hari yang mendatang ni?

Apa yang kita impikan dari kehidupan yang singkat ini?


Jawapannya hanya satu : "Tepuk dada, tanya iman. Hanya iman yang dapat memberi jawapan yang paling tepat. Jika kita hanya bertanya pada hati, nescaya begitu payah untuk kita memenuhi segala kehendak dan keinginan hati. Jika kita hanya bertanya akal, nescaya ada saja buah fikiran yang menghasut. Dengan ilmu yang dangkal, kita agak sukar untuk membuat keputusan. Hanya iman mampu memimpin kita untuk membuat keputusan yang paling tepat. InsyaAllah.

P/s : Semoga segala keputusan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan adalah berdasarkan kehendak Allah. Semoga segalanya adalah yang terbaik buat hidup di dunia dan akhirat kita..

P/s : Semoga segala yang kita impikan (yang mana yang terbaik untuk kehidupan dunia dan akhirat kita) menjadi kenyataan..Aminn..

Saturday, February 26, 2011

Nak pahala segera tak?

Rasulullah s.a.w. bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyakdua puluh tujuh (27) darjat iaitu ganjaran.( Riwayat Bukhari dan Muslim )

~: Setiap kali kita solat b'jemaah kita akan mendapat 27 pahala, tapi jika kita solat secara b'sendirian kita hanya dpt 1 pahala shj. Hurm...cuba bayangkan, jika kita solat b'jemaah sekali jer ibarat kita solat selama 5 hari + 2 waktu solat secara bersendirian..then kalo kita solat secara b'jemaah utk 1 hari ( 5 waktu) = solat selama 27 hari...wow....bukankah itu cara segera utk m'dapatkan pahala ^_^...n nak solat b'jemaah ni xde la susah sgt..2 org pon dah blh solat b'jemaah..huhu...apa lg kwn2...jom solat b'jemaah, dpt pahala segera dr Allah...insyaAllah :)...


p/s: Semoga kita semua diberi kekuatan utk solat berjemaah..insyaAllah ^_^..


Thursday, February 24, 2011

Ikhlaskah aku?


Ya Allah, Astaghfirullah hal a'zim..Betapa sukarnya nak mencari keikhlasan dalam melakukan sesuatu..
Walau pun aku telah memulakan dgn yg sepatutnya, namun disaat ia berlaku aku seakan-akan berubah hati..niatku secara tak disengajakan "terlari" dari jalan yg sepatutnya..

Astaghfirullah hal a'zim..Ya Allah sesungguhnya aku seorang hamba yg telah b'laku zalim pada diriku sendiri, maka Engkau ampunkanlah daku...

Ya Allah Engkau titipkanlah perasaan ihklas dalam setiap amalan dan perbuatanku..Aminn Ya Rabb..

Nur...


Ya Allah, jadikan Nur dlm hati kami, Nur dalam penglihatan kami, Nur dalam pendengaran kami, Nur di kanan kami, Nur di kiri kami, Nur di belakang kami, Nur di depan kami, Nur di bawah kami dan Nur di atas kami.

Ya Allah kurniakan kami Nur dan jadikan Nur dalam kami dan Nur dalam urat kami, Nur dalam daging kami, Nur dalam darah kami, Nur dalam rambut kami, Nur dalam kulit kami, Nur dalam lisan kami, Nur dalam nafs (jiwa) kami. Besarkan untuk kami Nur dan jadikan kami Nur...Aminn..

Sabar yea ^_^..



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: 


"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).  




Kesimpulan Hadis: 


1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 
2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

Wednesday, February 23, 2011

Makmum Masbuk..




Budak perempuan tu tergesa-gesa berlari masuk ke masjid. Disebabkan dia bersiap agak lewat pada hari itu, dia telah lewat untuk berjemaah di masjid. Masuk-masuk sahaja dia melihat semuanya tengah berdiri dgn tegak dan tersusun memenuhi saf. Dia cepat-cepat membentangkan sejadah kecilnya disebelah seorang Mak cik A. Alhamdulillah kerana dia masih sempat beada di saf pertama bagi jemaah perempuan. Memang tak dinafikan, hari-hari biasa begini memang tak ramai yg sanggup datang berjemaah di masjid. Biasanya hanya malam selasa sahaja kawasan masjid ini dibanjiri dengan semua muslimin dan muslimat. Semuanya datang untuk mecari pengisian rohani. Malam selesa sememangnya masjid tersebut akan mengadakan ceramah agama.

Disebabkan dia terlewat, jadi apabila dia telah sedia untuk memulakan solatnya, imam telah rukuk. Dia ikut rukuk bersama imam. Dan budak perempuan itu meneruskan solat berjemaah sehingga selesai berjemaah. Imam memberi salam setelah menyelesaikan solat 3 rakaat. Budak perempuan tersebut pun mengikut memberi salam. selesai solat ada sedikit wirid dan bacaan doa seperti biasa.

Selesai mengaminkan doa, budak tersebut terpaksa menoleh ke arah kirinya memandangkan dia merupakan org yg paling tepi. Sambil tersenyum dia menghulurkan tangan. Sambil bersalam, Mak Cik A berkata : " kenapa bagi salam bersama imam? bukan ke tadi datang lambat? patutnya kena ganti 1 rakaat" .

Budak perempuan itu kehairanan, lalu dia menjawab : " Tapi ustaz kata kalo sempat rukuk bersama imam, masih dikira rakaat tu".

Masih terngiang-ngiang lagi dibenak budak perempuan itu segala ilmu tentang solat berjemaah yang pernah diajar oleh ustaznya dikelas Fardu ainnya yg lepas. Dia masih dapat mengingat dgn jelas tentang saranan ustaznya supaya solat berjemaah kerana pahalanya akan digandakan. Betapa teringinnya dia memperolehi pahala yg banyak.

Tapi ternyata jawapan seorang budak berumur 8 tahun tersebut tidak dapat memberikan keyakinan pada Mak Cik A.

Mak cik A menyambung : " Mana ada macam tu, kamu kena solat balik, solat kamu tadi tak sah".

Budak perempuan tersebut kebingungan : " Tapi Mak Cik, ustaz kata kalo masih sempat rukuk sersama imam, rakaat tu masih dikira".

Mak cik A : "Kamu mana ada baca Al-Fatihah tadi"..

Budak perempuan itu keliru. Namun dia yakin dgn apa yg ustaznya penah ajar dulu. Dia yakin yg solatnya sah, sebab dia solat cukup 3 rakaat tadi.

Mak cik A : "Baik kamu solat balik, solat kamu tak sah ".

Budak perempuan tersebut terdiam.

Tiba2 ada seorang lagi Mak cik B yg dah berumur menyapa : " Ingatkan dah tak datang". Tegurnya sambil tersenyum kpd budak perempuan itu. Dia merupakan Guru kelas Al-Quran budak perempuan tesebut.

Mak cik A sangat mengenali Mak cik B. Dia tidak tahu bahawasanya Mak cik B tu guru kpd budak perempuan itu. : " Kenal ke budak ni". Tanyanya kpd Mak Cik B.

Mak Cik B : " Kenal sangat. dia belajar ngaji dgn saya. Ingatkan dah tak datang dah tadi. Selalunya dia akan datang awal. Tapi tadi tengok jgak, tak nampak2. Masa nak bersalam baru nampak dia dok kat hujung ni".

Mak cik A : "Budak ni tadi datang lambat, dia solat tak cukup rakaat, terus dia bagi salam bersama imam. Saya dah suruh dia solat balik, tapi dia tak nak".

Mak cik B merenung muka budak perempuan tersebut. Budak perempuan tersebut lalu bersuara, : "Tadi saya memang datang lambat, lepas tu bila saya mula nak solat, imam dah rukuk. Jadi saya teruslah rukuk. Tapi dekat sekolah, ustaz cakap kalo masih sempat rukuk bersama imam, rakaat tu masih dikira".

Budak perempuan tu mengharapkan penjelasan selanjutnya dari guru mengajinya.

Mak Cik B : "Erm..macam ni..memang betul, kalo kita masih sempat rukuk bersama imam, memang rakaat tersebut masih dikira. Betul la tu dia solat tadi. Dah cukup rakaatnya". Jelasnya kpd mereka berdua.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Walau siapapun kita, walau dimana pun kita, walau setinggi mana pun jawatan kita, walau semulia mana pun kita dimata masyarakat, walau setua mana pun kita, sentialah kita koreksi diri. Jangan disebabkan kita rasa kita adalah seseorang, atau kita lebih dr seseorang sampaikan kita sukar untuk menerima teguran dari orang  lain, terutamnya dari org yg lebih kurang dr kita. Cubalah kita turunkan ego kita, cuba terima teguran dari insan lain. Mereka menegur kita sebab mereka sayang kita, jika mereka tak sayang, mereka takkan pernah ambil tahu tentang kita. Ingatlah, sebaik2 teman adalah mereka yg menegur kita apabila kita berbuat silap.
Ingatlah, lagikan semulia-mulia insan, Nabi Muhammad s.a.w pun menerima nasihat dan tegur dari sahabat baginda.

P/s: Sedikit info tentang solat berjemaah : Ada 2 jenis makmum iaitu, mamkmum masbuk dan makmum muafiq.


Masbuk ertinya ialah makmum yang tidak sempat membaca al-Fatihah beserta imamnya pada rakaat pertama.
  1. Jika dia takbir sebelum imam ruku’, hendaklah terus membaca al-Fatihah seberapa yang dapat. Apabila imam rukuk sebelum sempat dia membacakan bacaan al-Fatihahnya maka dia hendaklah ruku’ mengikut imamnya.
  2. Jika di takbir ketika imam sedang rukuk maka hendaklah dia terus ruku’ serta tumakninah. Maka rakaat itu juga dikira.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :
            “ Apabila  seseorang kamu datang bersembahyang sewaktu kami sujud, maka hendaklah kamu sujud dan janganlah kamu hitung rakaat itu satu rakaat & sesiapa yang mendapat satu rukuk beserta imam maka ia telah mendapat satu rakaat”.

P/s/s: Semoga kita semua dijauhkan dari sifat sombong, bongkak dan riak. Ingatlah, kita ni bukan sesiapa. Kita ni hanya hamba Allah yg hina dan penuh dgn kekhilafan. Hanya Nabi ja yg maksum (suci dari dosa). Moga kita semua tergolong dlm golongan yg lembut hatinya yg dapat menerima teguran dan tunjuk ajar dari org lain..Aminnn...

P/s/s/s : Kepada mereka yg bergelar guru atau pendidik, jalankanlah tanggungjawab anda sebaik mungkin. Terutamanya bg pendidik yg mengajar budak sekolah rendah, ingatlah mereka sangat suci, macam mana kita bentuk dia, macam tulah dia nanti. Mereka hanya menerima apa sahaja yg kita sampaikan kpd mrk bulat2. Mereka masih belum mampu menimbang antara baik dan buruk. ~ : Semoga anda semua dapat melaksanakan tanggungjawab anda sebaik mungkin ^_^..

Monday, February 21, 2011

Tiada yang mustahil dengan bantuan ALLAH


"Sesungguhnya segala urusanNYA apabila Allah mengkehendakisesuatu, Dia hanya berkata : Jadilah! Maka jadilah ia ". (Surah Yaasin : Ayat 82)

"Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung". (Terjemahan : Laahaulawalaaquwwataillabillah)

P/s : Dalam menghadapi dugaan2 hidup, kita mesti memujuk dan melatih jiwa kita supaya sentiasa menjadi optimistik (penuh harapan baik dlm menghadapi sesuatu). Dalam erti kata lain, kita haruslah sentiasa positif. Janganlah kita jadikan sesuatu ujian itu sebagai satu titik noktah atau penyudah kepada kehidupan kita.

Adalah lebih baik jika kita menjadikan ujian itu sebagai guru kpd kita utk berusaha dgn lebih gigih dan dlm masa yg sama kita hendaklah lebih yakin dengan Kuasa Allah. Hal ini kerana, tidak ada yg mustahil jika Allah ingin memperkenankan sesuatu serta mahu membantu org yg berikhtiar dan berdoa kpdNYA. Dgn sebab itulah juga, Allah melarang keras kita dari berputus asa dgn rahmatNYA.

Apa jua yg kita inginkan tidak mustahil utk dicapai selagi kita sentiasa menaruh harapan, berusaha mencari jalan penyelesaian dan memohon petunjuk serta perkenan Allah..InsyaAllah..


p/s/s : Semoga selepas ini kita tingkatkan lagi rasa kebergantungan kita kepadaNYA serta keyakinan kita dgn Kuasa Allah krn sesungguhnya kuasa Allah tiada keterbatasan, ia meliputi yg b'ada dilangit dan dibumi, DIA Maha Berkuasa dalam menetukan sesuatu...

Sunday, February 20, 2011

Cara iblis menggoda manusia

Dari Muadz bin Jabal, dari Ibnu Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw di kediaman seorang sahabat Anshar, terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, “Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku.” 
Rasulullah saw bersabda: “Tahukah kalian siapa yang memanggil?” 
Kami menjawab: “Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu.” 
Rasulullah melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah bersamanya.”

Lalu Saidina Umar bin Khattab berkata:“Izinkan aku membunuhnya wahai Rasullulah.” 

Rasulullah menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”

Ibnu Abbas ra berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring khinzir, bibirnya seperti bibir sapi.

Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin”

Rasulullah saw lalu menjawab: “Salam hanya milik Allah swt, sebagai makhluk terlaknat, apa keperluanmu?”

Iblis menjawab: “ Wahai Muhammad, aku datang kesini bukan atas kemauanku, namun karena terpaksa”.

“Siapa yang memaksamu?”

“Seorang malaikat utusan Allah mendatanganiku dan berkata: Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”

“Oleh karena itu aku sekarang mendatanganimu. Tanyalah apa yang hendak Kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.”

Orang yang dibenci Iblis

Rasulullah saw lalu bertannya kepada iblis: “Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?” Iblis segera menjawab: “Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah makhluk Allah yang paling aku benci.”

“Siapa selanjutnya?” tanya Rasulullah saw.
“Pemuda yang bertaqwa memberikan dirinya mengabdi kepada Allah swt.”

“Lalu Siapa lagi?”
“Orang alim dan wara’ (setia)”

“Lalu siapa lagi?”
“Orang yang selalu bersuci (juga merujuk kepada orang yang tetap wudu’nya).”

“Siapa lagi?”
“Seorang yang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain?”

“Apa tanda kesabarannya?”
“Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang – orang yang sabar.”

“Selanjutnya apa?”
“Orang yang bersyukur”

“Apa tanda kesukurannya ?”
“Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya”.

“Pandanganmu mengenai orang seperti Abu Bakar?”
“Ia tidak menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam.”

“Umar Bin Khattab ?”
“Demi Allah, setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur (ketakutan).”

“Usman Bin Affan?”
“Aku Malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.”

“Ali Bin Abi Thalib?”
“Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mau melakukan itu.” (Ali Bin Abi Thalib selalu berzikir terhadap Allah swt)

Amalan yang Dapat Menyakiti Iblis


“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?”
“Aku merasa panas dingin dan gemetar.”

“Kenapa?”
“Sebab, setiap seorang hamba yang bersujud 1 kali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat hamba terebut.”

“Jika seorang umatku berpuasa ?”
“Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”

“Jika ia berhaji?”
“Aku seperti orang gila.”

“Jika ia membaca Al-Qur’an?”
“Aku merasakan diriku meleleh laksana timah di atas api”

“Jika ia bersedekah?”
“ Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”

“Mengapa bisa begitu ?”
“ Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan dirinya akan terhindar dari segala musibah.”

“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
“Suara kuda perang dijalan Allah.”

“Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
“Taubat orang bertaubat (orang yang benar-benar taubatnya).”

“Apa yang dapat membakar hatimu?”
“Istighfar diwaktu siang dan malam.”

“Apa yang dapat mencoreng (melukakan) wajahmu?”
“Sedekah yang diam-diam (contoh mudah ialah tangan kanan bersedekah sedangkan tangan kiri tidak mengetahui akan sedekah tangan kanan tersebut).”

“Apa yang dapat merosakkan wajahmu?”
“Solat fajar .”

“Apa yang dapat memukul kepalamu?”
“Solat berjemaah.”

“Apa yang paling mengganggumu?”
“Majlis para ulama.”

“Bagaimana cara makanmu?”
“Dengan tangan kiri dan jariku.”

“Dimanakah kau menaungi anak-anak mu dimusim panas?”
“Dibawah kuku manusia (perintah supaya memendekkan kuku).”

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis


Lalu Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapa temanmu wahai Iblis?”
“Pemakan riba”

“Siapa sahabatmu?”
“Penzina”

“Siapa teman tidurmu?”
“Pemabuk”

“Siapa utusanmu?”
“Tukang sihir (juga merujuk kepada orang yang menyesatkan)”

“Apa yang membuatmu gembira?”
“Bersumpah dengan cerai”

“Siapa kekasihmu?”
“Orang yang meninggalkan Solat Jumaat”

“Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?”
“Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja”

Iblis Tidak Berdaya Dihadapan Orang yang Ikhlas

Rasullullah SAW lalu bersabda lagi: “Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan ummatku dan menyengsarakanmu.”

“Iblis segera menjawab: “Tidak. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga Hari Akhir. Bagaimana Engkau dapat berbahagia dengan ummatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak dapat melihatku? Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang Ikhlas (Mukhlisin).”

“Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?”

“Tidaklah Kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat orang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan serta hatinya masih selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

Iblis dibantu oleh 70 000 anak – anaknya


Iblis berkata lagi: “Tahukah kamu wahai Muhammad, bahwa aku mempunyai 70 000 anak dan setiap anak memilki 70 000 syaitan. Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama’. Sebahagian untuk mengganggu anak-anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk menggunggu wanita tua, sebagian anakku juga aku tugaskan kepada para zahid.

Aku punya anak yang suka mengencing telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.”

“Aku juga punya anak yang suka menaburkan sesuatu dimata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur hingga pahalanya terhapus.”

“Aku juga punya anak yang senang berada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia ceritakan kepada manusia (membangga-bangga), maka 99% pahalanya akan terhapus.”

“Pada setiap seseorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk dipinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.”

Iblis berkata lagi: “Keluarkan tanganmu, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak-anak ku selalu menyusup dan berubah ke satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.”

“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa akannya.”
Berkata lagi Iblis tersebut: “Tahukah kamu wahai Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya sembuh seketika. Aku terus meggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.”

Cara Iblis Menggoda
Iblis menyambung ceritanya: “Tahukah kamu wahai Muhammad? Dusta berasal dari diriku. Akulah mahluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku. Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa derngan nama Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai,isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, iaitu Cerai.”

Iblis menyambung: “Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur-ngulur (melambat-lambatkan) solat, Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya ke mukanya.”

“Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya lihat kiri dan kananmu, ia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku ucapkan ‘solatmu tidak sah’. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul?”

“Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Iapun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjama’ah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkan sebelum imam. Kamu tahu bahawa melakukan itu batal solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai.”

Iblis menyambung lagi: “Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. dan ia pun semakin taat padaku.”

Iblis berkata kepada Rasulullah: “Kebahagiaan apa untukmu, sedangkan aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, ‘Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’ Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat, maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.”

“Wahai Muhammad, apakah engkau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam?”

10 Permintaan Iblis Kepada Allah SWT

Rasulullah bertanya pula kepada Iblis: “Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?”

“10 macam”

“ Apa saja?”

“Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak.

Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan” (Qs Al Isra :64).

“Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.”

“Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah. Maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.”

“Aku minta kepada Allah agar aku bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai ‘masjid’ku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai ‘kitab’ku.

Aku minta agar Allah memberikan saudaraku, maka ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, “Orang-orang boros (membazir) adalah saudara-saudara syaitan. “(Qs. Al – Isra:27).

“Wahai Muhammad, aku juga meminta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, “Silakan,” aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata lagi: “Wahai Muhammad, aku tak mampu meyesatkan orang sedikitpun, aku hanya mampu membisikkan dan menggoda,”

“Jika aku mampu menyesatkan, tak akan tersisa seorang pun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak mapu memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau mampu memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun dimuka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak diperut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.” (nafi makhluk, Isbatkan Allah)

Rasulullah SAW lalu membaca ayat berikut: “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud : 118 – 119). Juga membaca, “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (Qs Al-Ahzab :38). Iblis lalu berkata: “Wahai Rasul Allah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering.

Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tidak sesekali berbohong.”

Allah tidak zalim


Apabila apa yg kita kejar tak tercapai, kita lekas kecewa, mengutuk diri sendiri dan keadaan. Begitu juga bila tragedi mendatang, kita cepat hilang sabar dan mula mencari alasan untuk mencemuh Allah dan ketentuanNYA. Kita menyangka Allah telah menzalimi kita.

Sebenarnya sangkaan itu silap. Sudah lupakah kita bahawa Allah itu Maha Penyayang, Maha Pemberi dan Maha Mengasihi? Bukankah apa jua peristiwa dan kejadian yg menimpa diri kita itu semunya utk kebaikan dan kesejahteraan kita?

Cuba rujuk Surah An-Nisa, ayat 77 :

"...dan kamu tidak akan dianiya (oleh Allah) walau sedikitpun".

dan surah Asy-Syu'araa', ayat 209:

"... memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim."


"Barangsiapa mengira terlepasnya sifat kasih sayang Allah dari ketetapanNYA (sewaktu Dia menetapkan kesakitan, kemiskinan dan seumpanya, maka yang demikian itu kerana kejahilan pengertiannya." ~ Al-Iman Ibnu Athaillah Assakandary; Kalam Hikmah

Yang pastinya Allah tak pernahmenzalimi dan menganiaya hambaNYA. Sebaliknya kitalah yg menzalimi diri kita sendiri dgn mengingkari peraturan-peraturan hidup yg Allah telah ciptakan utk kesejahteraan dunia dan akhirat. Apabila peratutan-peraturan Allah diingkari, maka jauhlah kita dari rahmat dan pertolonganNYA.

p/s : Kita seringkali merasa macam2, tapi cuba ambil sesuatu itu dari sudut yg positif. Jika kita merasa diri teraniaya atau dizalimi, betulkah itu sebenarnya yg berlaku. Cuba siasat dan selidik dahulu. Dikhuatiri kita sahaja yg berperasaan sebegitu. Dan jika seandainya ia betul, maka bersyukurlah, krn sebenarnya ia adalah ujian drNYA. Dia sebenarnya mahu meningkatkan darjat kita dgn menguji sedemikian rupa. Dan jika kita difitnah atau ternaiaya, ingatlah bahawa segala pahala solat org yg menaniaya kita akan diberikan kpd kita. Bukankah ia 1 nikmat @ kelebihan. Bukan senang nak dapat pahala percuma nie *wink...Apa2 pun..kita kena banyakkan bersabar. "Sesungguhnya Allah itu bersama2 dgn org yg sabar"...

p/s/s : Semoga kita semua diberi kekuatan utk menghadapi segala ujian dariNYA.

p/s/s/s: Hidup ni sekejap saja. Jadi bersabarlah utk seketika ini. Apa yg kita mahu adalah nikmat syurgaNYA yg kekal abadi ^_^.

Saturday, February 12, 2011

Cara menyucikan jiwa

 Zikir dalam seminggu untuk menyucikan jiwa dan hati...insyaAllah..

Isnin -LAHAULAWALA QUWATAILLA BILLA HILLA’LI YUL A’ZIM.
Bila di amalkan akan menghilangkan perasaan takbur,riak,sombong, dan sifat mazmumah.Sekali sebut pahalanya sebesar bukit Uhud.

Selasa - ALLAHUMASALIA’LAMUHAMMAD A’BDIKA WARASULIKA NABIYI UMMIYI.
Bila diamalkan selalu akan menghapuskan dosa kita setahun dan mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w pada hari kiamat.

Rabu-ASTHAGHAFIRULLAH HAL A’ZIM ALLAZI.LAILLA HAILLAHUALYUL QUIYUM WAATU BUILAIH.
Bila di amalkan selalu akan menghilangkan titik hitam yang selama ini mengotori hati dan jiwa.Sekali sebut maka hilang satu titik hitam.

Khamis- SUBHANALLAH HIL A’ZIMIWABIHAMDIH.
Bila di amalkan akan terhapus segala dosa kita sebanyak bintang di langgit dan buih di bumi.

Jumaat-YA ALLAH.
Akan menghampirkan diri kita dengan Allah jika di amalkan selalu.

Sabtu-LAILLAHAILLAHALLAH MUHAMMADAN RASULLULLAH.
Zikir ini akan membuatkan hati dan jiwa kita sentiasa dalam ketenangan,lapang dan tenteram.

Ahad- YA HAYYU YA QAYYUM.
Allah akan sentiasa memelihara kita dari melakukan perkara yang mungkar.

p/s: Jom sama2 amalakan..moga bermanfaat kpd semua ^_^...