Sebenarnya sangkaan itu silap. Sudah lupakah kita bahawa Allah itu Maha Penyayang, Maha Pemberi dan Maha Mengasihi? Bukankah apa jua peristiwa dan kejadian yg menimpa diri kita itu semunya utk kebaikan dan kesejahteraan kita?
Cuba rujuk Surah An-Nisa, ayat 77 :
"...dan kamu tidak akan dianiya (oleh Allah) walau sedikitpun".
dan surah Asy-Syu'araa', ayat 209:
"... memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim."
"Barangsiapa mengira terlepasnya sifat kasih sayang Allah dari ketetapanNYA (sewaktu Dia menetapkan kesakitan, kemiskinan dan seumpanya, maka yang demikian itu kerana kejahilan pengertiannya."
Yang pastinya Allah tak pernahmenzalimi dan menganiaya hambaNYA. Sebaliknya kitalah yg menzalimi diri kita sendiri dgn mengingkari peraturan-peraturan hidup yg Allah telah ciptakan utk kesejahteraan dunia dan akhirat. Apabila peratutan-peraturan Allah diingkari, maka jauhlah kita dari rahmat dan pertolonganNYA.
p/s : Kita seringkali merasa macam2, tapi cuba ambil sesuatu itu dari sudut yg positif. Jika kita merasa diri teraniaya atau dizalimi, betulkah itu sebenarnya yg berlaku. Cuba siasat dan selidik dahulu. Dikhuatiri kita sahaja yg berperasaan sebegitu. Dan jika seandainya ia betul, maka bersyukurlah, krn sebenarnya ia adalah ujian drNYA. Dia sebenarnya mahu meningkatkan darjat kita dgn menguji sedemikian rupa. Dan jika kita difitnah atau ternaiaya, ingatlah bahawa segala pahala solat org yg menaniaya kita akan diberikan kpd kita. Bukankah ia 1 nikmat @ kelebihan. Bukan senang nak dapat pahala percuma nie *wink...Apa2 pun..kita kena banyakkan bersabar. "Sesungguhnya Allah itu bersama2 dgn org yg sabar"...
p/s/s : Semoga kita semua diberi kekuatan utk menghadapi segala ujian dariNYA.
p/s/s/s: Hidup ni sekejap saja. Jadi bersabarlah utk seketika ini. Apa yg kita mahu adalah nikmat syurgaNYA yg kekal abadi ^_^.
No comments:
Post a Comment