Wednesday, March 16, 2016

Cuak. Risau. Takut.

Mata memandang kiri dan kanan sebab nak melihat apa sebenarnya pandangan alam sekeliling. Apa sebenarnya respon orang sekeliling. Penat kepala mentafsir apa sebenarnya maksud kehidupan. Sungguh, haru rasanya bila kepala dah rasa nak pecah tapi diri masih belum ketemukan jawapan yang dicari. Patut ke? Harus ke? Wajib ke? Perlu ke? Haru sungguh fikirkan masalah yang satu ni. Rasanya dah semua jenis sifir kebarangkalian dah digunakan. Allah, berikanlah daku jawapan.

Itulah dilema yang kita terpaksa lalui setiap kali nak buat sesuatu keputusan. Tambah-tambah jika keputusan yang besar yang kita rasakan dapat berikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan.

Terkadang kita risau sangat dengan apa yang orang akan fikir tetang kita.tapi takdelah plak nak risau apa yang Allah akan "fikir" tentang kita. Risaukan manusia tu melebih-lebih plak. Lebih dari takutkan Allah. Kan bagus kalau kita dapat tukar keutamaan tu.

Utamakan Allah dalam setiap amalan kita. Buat kerana-Nya, bukan kerana manusia atau asbab yang lain kerana Allah itu kekal tetapi yang selain dari-Nya adalah sementara.
Manusia bukannya boleh buat apa pun kalau Allah tak izinkan.
Pleased Allah then He will pleased you. InsyaAllah hidup senang kalau Allah yang kita tuju (",) .

Allah Ta’ala berfirman, Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang disenangi dan diingini, yaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Namun di sisi Allah lah tempat kembali yang paling baik. (Ali Imran [3]: 14)

Thursday, January 15, 2015

Pilihan

Bismillah..Assalamualaikum..semoga hari ini lebih baik dari semalam, insyaAllah..

Setiap hari, setiap ketika, setiap masa dan setiap saat kita akan berdepan dengan pilihan.
Kita yang akan menentukan pilihan yg mana satu. InsyaAllah dgn izin Allah perkara itu akan berlaku.

Dalam kita merancang tu,terkadang ada juga benda yang sepatutnya berlaku..Kenapa? Jawapannya' kerana kelemahan pada diri kita sendiri. Bila hati didorong nafsu, maka lemahlah iman. Pilihan yg kita buat pun akan menghala kearah kemaksiatan. Kita yg tak cukup kuat utk melawan hawa nafsu sendiri. Jangan nak salahkan org lain. Apatah lagi nak salahkan Allah.

Bila kita meletakkan sepenuhnya pada takdir, ibarat kita menyalahkan Allah. Bukan kita nak melawan takdir, cuma perlu dinilai balik usaha kita kearah mana..

Contoh, kita tanya seorang pelajar : "kenapa awak gagal semua subject?"..
Jawapannya mudah : "Dah memang Allah takdirkan saya gagal semua subject".
Padahal, kalau kita tengok pelajar tersebut takde pun usaha utk jadi seorang pelajar yg berjaya. Mungkin dlm kelas dia tidur, bila guru mengajar dia tak beri perhatian dll. Tapi pengakhirannya "takdir" juga yg dipersalahkan, sedangkan usaha itu sendiri takde..

"Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri " ; Surah Al Ar.Rad ; Ayat 11

Dalam kehidupan ni, setiap perkara ada dua pilihan je. Sama ada dosa atau pahala. Sama ada syurga atau neraka. Allah kurniakan kita akal utk berfikir. Allah kurniakan kita kudrat supaya kita berusaha. Jangan nak salahkan pihak lain kalau kita sendiri tak mampu atau tak mahu menggunakan kelebihan yg Allah kurniakan pada kita.

Ala kulli hal, tepuk dada tanya iman. Mana satu pilihan kita.
Nak pahala ke nak dosa..
Nak ke syurga ke nak ke neraka.

Takdir takkan berlaku tanpa usaha.
Gunakan akal dan kudart yg Allah bagi pada kita..
Manfaatkan sebaik mungkin..
InsyaAllah...biiznillah..moga yg baik-baik utk kita semua..

p/s : semoga apa pun yg kita buat Allah redha..
p/s/s : semoga Allah memberi hidayah kpd mereka2 dan kekalkan kita semua dlm hidah-NYA..


Tuesday, October 28, 2014

Percuma..Ek?

Saya : Nothing for free..semua ada harganya..

Dia : Tak semua benda dibayar..

Saya : Sape kata?

Dia : Selama ni saya buat kerja-kerja ni semua mana dapat bayaran apa-apa pun..kadang-kadang tu kena kutuk, kena marah, dan penat sesangat..rasa macam nak berhenti je buat tu semua..

Saya : Memang la tak dibayar sekarang sebab benda tu kategori hasil terakru (hasil yg belum dibayar) tapi nanti boleh tuntut kat "sana"..Nanti kat sana Allah akan "bayar" setimpal dengan usaha kita..Allah mana pernah mungkir janji..

Dia : Allah..... T_T (nanges laju-laju)*

P/s : Belajarlah ikhlas dlm buat kerja dakwah/amal..Jangan banyak mengeluh..

Tuesday, October 14, 2014

Dia yang dicari

Andai kepenatan yang kau rasa,
ku pasti kau telah melalui perjalanan yg panjang.
Andai kelelahan itu yg menghimpit,
ku yakin telah banyak yang kau belajar.

Andai kau penat dan lelah di pertengahan jalan,
jangan kau berhenti berlari.

Mara dan terus mara..
Mohon petunjuk dari-Nya.
Mohon kekuatan dari Ilahi.
Mohon kudrat dari Allah.
kerana kau bukanlah sesiapa
tetapi hamba-Nya yang perlu terus gagah melangkah.

Hari ini masih panjang.
Perjalanan ini masih jauh.
Kekal dan terus bergerak
kerana hala tujumu masih belum ketemu.
Engkau melangkah Dia "melihat".
Disetiap langkahmu Dia "menilai.

Jangan putus asa.
Jangan kau putus harap
Mohon ampun dari-NYa.
Pautkan pengharapanmu pada-Nya
Sandarkan kemahuanmu pada-Nya
Titipkan doamu kepada-Nya

Pada-Nya pinta kekuatan
Pada-Nya pohon keimanan.
Kerana Dia sentiasa disisimu
Walau engkau berkali-kali membuang-Nya 
tetapi Dia tetap kekal bersamamu.

Dialah yang kau cari.
Dialah yang kau dambakan.
Dialah yang kau mahu.
Dialah tujuaan kau.
Dialah matlamat kau.
Kerana Dialah yang Satu.
Allah Yang Esa.

Roh ibadat

Dalam setiap apa yang kita lakukan, pastikan kita lakukan dengan kehadiran "roh". Roh datangnya dari perasaan ikhlas. Perkara/amalan yang kita lakukan tanpa keikhlasan akan menjadi satu amalan/perbuatan yang sia-sia kerana kita tidak akan mungkin melakukannya dengan sepenuh hati.


"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap"

Perkara yang dilakukan tanpa roh hanya akan menjadi satu perbuatan yang menyakitkan dan menyeksakan kita kerana kita memaksa diri untuk melakukan sesuatu perkara tanpa kerelaan kita. Alangkah bagusnya jika kita benar-benar melakukan sesuatu itu kerana kita betul-betul faham keperluan untuk kita melakukan perkara tersebut. Hal ini dapat membantu menjadikan sesuatu perkara itu lebih mudah dan menyeronokkan kita untuk melaksanakannya.

Menghadirkan roh dalam beramal bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bahkan ia juga bukan mustahil. Cuba hadirkan ikhlas dalam setiap amalan kita. Jika nak tunggu ikhlas dahulu baru nak beramal alamatnya tunggulah kucing bertanduk dulu baru kita nak beramal kot. Kenapa saya cakap macam tu? Kerana kita takkan pernah tahu amalan kita yang mana satu yang betul-betul ikhlas. Jadi apa-apa pun beramallah dan cuba ikhlas. Kita tak tahu, tapi Allah tahu. Dan Dia yang akan menilai kita, bukannya kita atau makhluk yang lain.



Beramal dahulu baru ikhlas atau ikhlas dulu baru beramal? 
Jawapannya ---> Kena serentak.

Jika ikhlas je tapi tak buat tak guna.
Sama juga kalau buat tapi tak ikhlas. Sia-sia namanya.

P/s : Keikhlasan adalah roh dalam ibadat

Wednesday, October 8, 2014

Redha dengan setiap ketentuan-NYA


Kadang-kadang kita meresa apa yg org lain miliki adalah sesuatu yg sangat baik sehinggakan kita pun mendabakan perkara yg sama..Tapi hakikatnya kita tidak tahu disebalik "kebaikan" tersebut..
Hanya DIA yg lebih tahu..

Yakinlah apa yg telah Allah tentukan utk kita adalah yg terbaik buat kita..

Belajar utk redha dgn setiap ketentuan dari-NYA..

He know the best T_T...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu yg padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." ; Surah Al-Baqarah, Ayat 216



Tuesday, October 7, 2014

Usaha dan Redha


Bila kita usahakan sesuatu pastinya kita lakukan berseta dgn satu harapan apa yg kita usahakan akan membuahkan hasil yg baik bagi kita.. Pasti !! Walaupun kadang-kadang mulut kata tak kisah -_-" ..

Itu lumrah insani yg punya nafsu (kehendak)..Tak salah kita mengharap, kerana tanpa harapan kita mungkin takkan mulakan langkah yg pertama, iaitu usaha..Betul tak?

Usaha penting..
Pengharapan juga penting..
Tawakal jugalah penting..
Redha lagilah penting..

Setiap usaha yg dimulakan dgn berbekalkan pengharapan harus disertakan dgn tawakal pada-NYA..
Semuanya perlu dilakukan serentak..Tak boleh satu-satu..

Usaha + Pengharapan +Tawakal = Hasil ---> Redha

Setelah kita usaha dan tawakal (berserah dgn segala keputusan dari-NYA), walau apa jua keputusannya, REDHALAH duhai hati..Itu yg Allah nak..walaupun tak sama dgn apa yg awak nak..
Yang Allah nak lagi penting..

Sedih itu pasti..Tapi jangan sampai abaikan tanggugjawab awak sebagai hamba-NYA..

"Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita." ; Surah At-Taubah, Ayat 40

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram " ; Surah Ar-Ra'd , Ayat 28

Friday, August 8, 2014

Allah lebih tahu


"InsyaAllah jika niat kita baik Allah akan tolong"

"Saya niat baik dah ni, kenapa masih tak dapat?"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu yang padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" 
Surah Al-Baqarah; Ayat 216
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Allah tolong" tadi dalam erti kata ; 
jika ia yg terbaik maka Allah akan mudahkan dan dekatkan dengan kita 
dan seandainya ia bukanlah yang terbaik untuk kita maka Allah akan jauhkan dan hindarkan ia dari kita..

Allah lebih tahu...

Thursday, August 7, 2014

Kita serupa tetapi berbeza..

Jom boikot barangan yang menyumbang kepada Israel.

Setiap orang perjuangannya berbeza..
Kenapa berbeza??
Kerana ujian kita tak sama..
Tetapi tidak bermakna bila tak sama kita tak perlu peduli orang lain..
Itu pentingkan diri namanya..
Ujian kita untuk kita...
Ujian mereka untuk kita juga...
Berjuanglah ikut kemampuan kita..
Bantulah seadanya..
Refleksi diri..
Jangan pernah kita lupa atau alpa..
Mereka adalah kita dan kita adalah mereka..
Kerana kita adalah SAUDARA...

Kita mungkin tak mampu jadi mereka..
Kita mungkin tak dapat bersama mereka..
Tapi kita boleh bantu mereka..
Kirimkan doa..
Hantarkan bantuan..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan ia mendapat siksa dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlan kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang yang kafir"
(Surah Al-Baqarah ; Ayat 286)

P/s : Orang dok sibuk boikot barangan yg menyumbang kepada Israel..
Rokok taknak boikot ke sebab yang tu sah-sahlah haram...Hurm..(sambil lap peluh)

P/s/s : Moga Allah beri kita kekuatan untuk melakukan apa yang diperintah keatas kita..
Moga Allah beri kita kekuatan untuk terus menjadi hamba yang soleh/ah..InsyaAllah..

Wednesday, August 6, 2014

Salam Lebaran 2014



Assalamualaikum w.b.t

Taqaballahu Minna Wa Minkum

(Semoga Allah Menerima Amalanku dan Amalanmu)

Kullu 'Am Wa Antum Bikhair

(Semoga Kebaikan Meliputi Kamu Sepanjang Tahun)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday, February 20, 2013

Keyakinan dan kepercayaan

Keyakinan dapat membentuk kepercayaan tetapi kepercayaan belum tentu dapat menentukan keyakinan. Sebagai contoh, kita tahu bahawa dalam Rukun Islam yang ke-5, ada termaktub tentang kepercayaan tentang hari kiamat (hari pembalasan), namun pernahkah kira terfikir sejauh mana keyakinan kita terhadap kepercayaan tersebut? Jika kita benar-benar yakin tentang kepercayaan tersebut, sudah tentulah kita akan sedaya upaya untuk menghindarkan diri kita dari melakukan dosa dan kemaksiatan, tetapi kenapa pula hidup kita ini asyik bergelumang dengan kemaksiatan?
Disini kita boleh mengukur sejauh mana keyakinan kita terhadap kepercayaan tersebut.

Tetapi jika kita benar-benar yakin tentang sesuatu perkara, sudah pasti kita akan mengambil tindakan yang selari dengan keyakinan tersebut. Disini saya ingin memberikan satu analogi yang sangat mudah, jika kita ke satu kawasan sungai dan kita terbaca satu tanda amaran yang berbunyi ; " Awas, di dalam sungai ini ada buaya yang ganas! ". Agak-agaknya apa yang akan kita lakukan? Seandainya kita berniat untuk berenang di sungai tersebut pada awalnya, mungkin tanpa berfikir panjang kita akan  terus membatalkan niat tersebut. Kenapa ? Kerana kita yakin bahawa buaya yang berada didalam sungai tersebut ganas. Macam mana kita tahu? Kerana kita terbaca tanda amaran tersebut dan kita percaya tanda amaran tersebut adalah benar.


p/s : Kepercayaan belum cukup untuk melahirkan sesuatu tindakan, tetapi keyakinan sudah pasti akan menyumbang kepada satu tindakan.


P/s/s : Dari mana punca keyakinan itu datang? Ia datang selari dengan dengan ilmu. Ilmu itu cahaya dan ia menerangi kegelapan. Jadi jangan kita menjauhkan diri dari ilmu. Ilmu penyuluh jalan kehidupan.


Friday, February 15, 2013

Ujian dunia.

Bismillah..
Assalamualaikum sahabat-sahabat, rasanya dah setahun lebih blog ni menyepi, mohon maaf semua :)..
Semoga kali ini Allah memberi kekuatan pada saya untuk istiqamah dalam mencoret kalimah-kalimah yg diharapkan dapat memberi manfaat dunia dan akhirat buat semua yg berpeluang membaca.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu yang padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" Al-Baqrah;216

Bila diri diuji, ingat dua perkara :
  1. ujian itu adalah satu Rahmat dari Allah buat hamba-hamba yg terpilih.
  2. ujian adalah satu kafarah dosa diatas kesilapan dan kealpaan kita di masa lepas.

Kebiasaannya ujian yg paling berat Allah akan ditimpakan pada golongan nabi, dan seterusnya pada hamba-hamba yang terpilih mengikut tahap kemampuan seseorang. Jangan merasa sedih atau terbeban dengan ujian yg menimpa kerana ketahuilah bahawa ujian kita tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan kekasih Allah, baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Ujian juga bukanlah satu bebanan buat manusia, tetapi ia adalah satu bentuk tarbiah buat diri sang hamba. Ingatlah kita hanya hamba dan sesungguhnya itulah beza hamba dengan pencipta kita. Kita diuji supaya kita lebih mengenal erti kehambaan yg sebenar.

P/s : Tidak semua yang kita sukai semestinya baik buat kita dan tidak semestinya semua benda yg kita tak suka boleh kita tinggalkan..Redha dengan segala ujian yg menimpa itu yg terbaik, insyaAllah.



Sunday, December 25, 2011

"What you give, you get back"


Alhamdulillah..terasa diri ini sangat diuji..
Tetapi percayalah, indahnya hidup ini jika bersabar..
Dan tidak dinamakan ujian jika ia adalah sesuatu yg kita sukai..

Jika terasa diri diuji dengan karenah manusia, cuba musabah balik..
Cuba check balik apa yang pernah kita lakukan sepanjang perjalanan kehidupan ni.
Andai ada manusia melayan anda dengan buruk, jangan salahkan mereka.
tetapi muhasabah diri anda balik.
Mungkin anda lagi teruk dari mereka..

Allah hanya menghantar mereka sebagai "cermin" utk menyedarkan kita.
Ingatlah...kita ni cuma manusia biasa yg penuh kelemahan..
Kadang-kadang kita perlukan orang2 disekeliling kita untuk mengingatkan kita..

P/s : banyakkan bersabar dan beristigfar..

P/s/s: " Tidak sempurna iman seseorang dari kami sehingga dia kasih kepada saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"

Tuesday, December 20, 2011

Aku hamba yg sering terlupa.

Alhamdulillah..
Kita sentiasa dikurniakan nikmat yg tidak terhingga..
Nikmat yg tidak pernah putus dari-Nya..

Namun kita selalu terleka..
Terleka dengan dunia yg "beracun"..
Kita lupa dan alpa..
Terasa dunia kita yang punya..

Lupa akan kewajipan kita..
Alpa dengan dengan nikmat-Nya.
Ingkar akan perintah-Nya..

Andai saat ini adalah "saat terakhir" kita merasa nikmat-Nya..
Andai saat ini "saat terakhir" kita berada disini..
Andai saat ini kita bakal memulangkan segala pinjaman-Nya..

Bersedikah kita?
Mampukah kita hadapinya dengan tenang?
Bolehkah kita kembalikan semuanya dlm keadaan sempurna?

Andainya kamu belum bersedia..
Persipkanlah dirimu wahai "diriku"..
Kerna kamu masih punyai waktu..

~ Alhamdulillah ya Allah diatas kesempatan yg telah Engkau kurniakan kepadaku..kesempatan waktu dan peluang..InsyaAllah tidak akan aku persiakan..

~ Ya Allah jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam..jadikan kami hamba2 yg sentiasa bersyukur dan redha dalam setiap apa yg berlaku..kuatkanlah "perisai" kami dalam menghadapi "peperangan" dalam dunia yg sementara ini..Aminnn.

Monday, December 12, 2011

Hukum susuan...

Jam 12 tengah malam tadi saya dikejutkan dgn 1 mesej dari seorang sahabat. Sahabat saya bertanyakan tentang hukum mengenai susuan. Untuk mejawab persoalan sahabat saya, saya telah mentelaah nota2 lama saya dan membuat beberapa research utk menguatkan hujah.

Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat kpd semua. Jika sahabat2 mempunya sebarang penambahan, saya sangat alu-alukan.

Hukum asal susuan adalah harus walaupun kepada bukan anak kandung.

SYARAT utk menjadi anak susuan :
~ berumur kurang 2 tahun
~ menyusu  5 kali kenyang

Jadi , sekiranya ukhti pernah menyusukan anak saudara ukhti, namun jika ia masih belum memenuhi syarat seperti diatas, anak saudara ukhti masih belum menjadi anak susuan ukhti. Dan hubungan ukhti dengan anak saudara tersebut masih lagi sama (ibu saudara dan anak saudara).

KESAN hukum
Apabila anak tersebut telah sah menjadi anak susuan ukhti, maka secara tak lansung hubungan anak tersebut dengan ukhti adalah seperti anak kandung sendiri.

1) Aurat
Aurat antara anak susuan dgn keluarga susuan (ibu susuan, bapa susuan (suami kpd ibu susuan) dan adik beraik susuan) sama seperti dgn mahramnya.

2) haram nikah

  1. Wanita yang menyusukannya;
  2. Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
  3. Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
  4. Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
  5. Ibu kepada wanita yang menyusukan;
  6. Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
  7. Adik-beradik wanita yang menyusukannya. Anak-anak kepada adik-beradik wanita tersebut tidak diharamkan berkahwin dengannya; dan
  8. Wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang disusukan dan ke bawah.


3) Wali
----> bapa susuan tidak layak menjadi wali bagi anak perempuan susuan
----> anak susuan layak menjadi wali kpd adik beradik susuannya

3) Pusaka / wasiat
Walaupun hubungan anak susuan dgn keluarga susuan adalah seperti keluarganya sendiri, namum anak susuan tidak layak untuk menerima harta pusaka dari kelurga susuannya.

Jika ukhti berhasrat untuk mengambil anak susuan, ukhti perlu mendapatkan kebenaran dari suami ukhti kerana ia akan melibatkan nasab keturunan dan secara tidak langsung akan berkait dengan suami ukhti. Dan, dalam masa yg sama juga, ukhti perlu memaklumkan kpd ibu dan bapa kanak2 tersebut.

Untuk menambahkan bahan bacaan, ukhti juga blh rujuk pada beberapa sumber lain :
 http://fitrahislami.wordpress.com/2011/11/09/hukum-anak-susuan/
https://www.facebook.com/hm4hbmalaysia?sk=app_4949752878#Q2
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic86_2001.htm

P/s : Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berkesempatan utk menulis, malam ini saya diberi kekuatan utk menulis. Tajuk kali ini agak berlainan "temanya" dengan blog saya.

Friday, September 30, 2011

Nikmat yang tidak terhingga.



Alhamdulillah, mari mulakan hari kita dengan ucapan syukur padanya ^_^..bukan susah pun..cuma satu patah perkataan yang sangat senang diucapakan..namun sangat sukar dilafazkan..Kenapa ek? Tepuk dada, tanya iman kita..Hanya kita yang tahu apa jua alasannya..

Alhamdulillah, sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang Dia telah kurniakan pada kita. Sama ada kita sedar atau tidak, kita sedang menikmati banyak sangat nikmat dari-Nya. Dan jika kita mampu menghitung segala nikmat-nikmat tersebut, kita pasti akan merasa malu kepada-Nya..Dengan segala nikmat yang telah dan sedang Dia berikan pada kita, kita masih sanggup untuk melupakan-Nya. Malah bukan itu sahaja, kita juga tanpa segan silu telah melanggar segala larangan-Nya. Astagfirullah..

Sesungguhnya kita takkan mungkin mampu mengira segala nikmat yg telah dikurniakan dari sebelum kita dilahirkan sehinggalah ke hari ini..Mugkin juga banyak nikmat-nikmat yang sedang kita nikmati kita abaikan. Kita seakan-akan tidak sedar yang ia adalah satu nikat..

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita sihat dan esok pula kita sakit..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa kesihatan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita lapang dan esok pula kita sibuk..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa kelapangan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.


Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita mepunyai anggota badan yang lengkap dan esok pula kita kehilangannya..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa anggota badan kita adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita mampu melihat dan esok pula kita sudah tidak mampu melihat..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa penglihatan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita dapat mendengar dan esok pula kita sudah tidak mampu mendengar..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa pendengaran adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita masih mempunyai makanan dan esok pula kita sudah ketiadaan makanan..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa makanan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita sihat dan esok pula kita sakit..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa kesihatan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.
Dan pernahkah kita terfikir jika hari ini kita diberi peluang untuk bernafas dan esok pula kita sudah tidak mampu menikmati ia..Ianya sudah ditarik balik dari Pemberinya..Kita sudah tidak berpeluang untuk bernafas (berhidup) dan melihat dunia ini lagi..Kita judah dah tak mampu untuk merasai semua nikmat-nikmat yang lain juga..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa bernafas (berhidup) adalah satu-satunya nikmat yang tidak mungkin dapat ditukar ganti.

Jadi sahabat-sahabat yang saya kasihi dan sayangi kerana Allah, juga untuk diri saya sendiri, marilah kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. Dan menggunakan segala nikmat yang diberikan kejalan yang diredhai.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilanganya” ~ Syrah Al-Baqarah, Ayat 34

P/s : Ya Allah sesungguhnya nikmat dan kurnia-Mu lebih luas dari amalan kami, maka Engkau ampunkanlah segala kesalahan dan kesilapan kami. Jadikanlah kami hamba-hambanya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat-Mu. Dan jadikanlah kami dapat menggunakan segala nikmat-nikmat tersebut dijalan yang Engkau redhai dan sukai. Aminn..


P/s : Jangan kita lokek untuk menyebut Alhamdulillah kerana setiap kali kita mengucapkan Alhamdulillah, para malaikat tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dituliskan kepada kita. Betapa besarnya ganjaran yang Allah janjikan hanya untuk satu perkataan yang sangat senang diucapkan..Jom sama-sama perbanyakkan ucapan “Alhamdulillah” sahabar-sahabat.

P/s : Alhamdulillah..Alhamdulillah..Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat ni, Allah masih memberi peluang dan “mebantu” saya menyiapakan tugasan yang perlu diselesaikan hari ni..Alhamdulillah..

Monday, September 26, 2011

Andai ku tahu...


Andai ku tahu...
Astagfirullah hal azim..
sesungguhnya aku tidak tau, bilakah waktunya..

P/s : Semoga "permergian" aku adalah 1 istirehat dr segala dosa..
Semoga kembalinya aku kpd Penciptaku dlm keadaan keredhoan-NYA..

P/s : Ya Allah, matikanlah kami dalam iman..matikan kami dlm keadaan khusnul khatimah..Tempatkanlah kami di syurga tertinggi-Mu supaya kami dapat menatap wajahMU dan  bertermu Rasulullah s.a.w..

Doa utk mendapat khusnul khatimah : Ø§َللّÙ‡ُÙ…َّ اخْتِÙ…ْ Ù„َÙ†َا بِاْلاِسْلاَÙ…ِ ÙˆَاخْتِÙ…ْ Ù„َÙ†َا بِاْلاِÙŠْÙ…َانِ ÙˆَاخْتِÙ…ْ Ù„َÙ†َا بِØ­ُسْÙ†ِ الْØ®َاتِÙ…َØ©ِ
“Ya Alloh, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”

Sunday, September 25, 2011

Selamat Berhidup ^_^..


Sesungguhnya kehidupan dunia hanya sementara cuma..
Walau sesakit mana pun hati kamu..
Walau sesedih mana pun perasaan kamu..
Walau sekecewa mana pun kamu..
Ingatlah..Ia hanya sekejap sahaja..
Kerana hidup didunia hanya sementara..
Negeri akhirat kekal jua..


"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti? " ~ (6:32)


P/s : Selamat berhidup..Gambate..

Friday, September 23, 2011

Dimana kan ku cari ganti...

Alhamdulillah diatas kesempatan dan peluang utk menconteng blog yg hampir bersawang nie.



Kenapa manusia mudah lupa?
Kenapa manusia senang alpa?
Kenapa manusia tidak mengenang jasa?

Oh ayah, semoga anak-anakmu kuat dlm menempuh ranjau yg berduri tanpa kehadiranmu..

Oh ibu, semoga jasamu sentiasa tersemat di dada..
semoga pengorbananmu tidak ku lupa..

Kasih ibu ayah tiada bertepi..
Tiada berganti..

~tiada motif, sekadar merindui seorang ayah..
~Al-Fatihah buat arwah ayah, moga beliau sentiasa dicucuri rahmat n kekal bersama para solihin..

Sunday, July 31, 2011

Jom kita grab "Mega Month" ^_^..

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya mencari kekuatan utk mencoret disini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberi saya kekuatan itu..Syukur padaNya juga, malam ini jika kita masih dipanjangkan usia, kita bakal berpeluang menegerjakan terawih yg pertama pada tahun ini..Alhamdulillah.

Setiap tahun, tak kira di mana pun, kita selalu dihebahkan dengan "Mega Sale" yg dianjurkan oleh pelbagai pihak. Macam2 juga yg ditawarkan sempena mega sale tersebut. Dengan promosi sana sini, harga runtuh, harga terendah, harga terbaik dan macam2 lagi. Dan setiap kali itu juga kita akan terpengaruh, sanggup berhabis. Menghabiskan wang saku, menghabiskan waktu dan mengahbiskan tenaga semata2 nak merebut mega sale. Yang kononnya pada masa2 tertentu sahaja.

Demi mega sale kita sanggup lakukan apa sahaja utk dapatkannya. Tapi bagaimana pula dengan "Mega Month" ??? Maka rugilah bagi mereka yg tak merebut "Mega Month" kali ini. Munkinkah ini kali terakhir "Mega Month" bagi kita. Jangan kita sia2 kan ia. Entah sempat atau tidak kita menghabiskan sebulan waktu kita di "Mega Month"  kali ni. Semoga kita semua diberi kesempatan utk sama2 menghargai "Mega Month" ini.

InsyaAllah esok , tanggal 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan , maka secara rasminya bermulalah "Mega Month" yg ditawarkan buat semua umat yg bergelar Islam. Istimewa utk umat Islam sahaja.Jom kita tengok apa yg macam mana cara kita nak merebut "Mega Month" ini ^_^..

Keahlian : Terbuka kepada semua Umat Islam
Lokasi : Dibumi Allah
Waktu : Sepanjang bulan Ramadhan
Syarat kelayakan : Beragama Islam


Promosi : ~ Pahala amalan yg digandakan 
               ~ Musuh2 kita dirantai
Mega Promosi : ~Malam Lailatul Qadar

Untuk lebih detail, disini saya ingin berkongsi sedikit hasil pencarian saya dgn sahabat2 yg saya kasihi sekalian . Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua ^_^..


Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.


Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.


Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.


Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.
Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:


"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)



Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa
Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
P/s : Ya Allah semoga madrasah Ramadhan kali ini dapat mendidik kami menjadi hamba yang lebih baik. semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelum2 ini. Ya Allah sempatkanlah kami betemu "Malam Lailatur Qadar" Mu..Aminnn..