"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" ~ (6:32)
SEJUMLAH wanita Bosnia memasuki Mahkamah Jenayah Antarabangsa Untuk Negara Bekas Yugoslavia bagi mendengar perbicaraan Karadzic di The Hague kelmarin.
KARADZIC
THE HAGUE - Bekas pemimpin Serb Bosnia, Radovan Karadzic bercita-cita mahu menghapuskan umat Islam dari muka bumi, demikian hujah pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa Untuk Negara Bekas Yugoslavia di sini, Belanda kelmarin.
Dalam hujah itu, pendakwa raya cuba memberi gambaran terhadap kempen pembersihan etnik yang diketuai Karadzic semasa Perang Bosnia pada 1992-1995.
Namun, kenyataan pendakwa raya itu disampaikan tanpa kehadiran Karadzic setelah bekas pemimpin itu memboikot perbicaraan.
Karadzic, 64, yang ditahan tahun lalu selepas 13 tahun hidup dalam buruan mendesak diberikan lebih banyak masa untuk menyediakan bahan pembelaan berikutan pendakwa raya mengemukakan lebih satu juta muka dokumen.
Pendakwa raya berkata Karadzic ialah individu penting yang menggerakkan penghapusan etnik di bandar-bandar dan kampung-kampung bagi merealisasikan konsep negara Serb Bosnia asli.
Tindakan itu menyebabkan lebih 8,000 lelaki Islam dewasa dan kanak-kanak Bosnia dibunuh beramai-ramai di Srebrenica pada 1995.
Pendakwa raya itu memetik kenyataan Karadzic 43 bulan sebelum peperangan itu berlaku iaitu:
"Sarajevo akan menjadi kawah hitam tempat umat Islam akan mati. Mereka akan lenyap dari muka bumi."
Berpuluh-puluh mangsa perang yang terselamat memenuhi galeri awam dan beberapa bilik khas mendengar perbicaraan dengan teliti.
Ketua hakim, O-Gon Kwon berkata, beliau kesal kerana Karadzic tidak hadir dan bersedia untuk melantik peguam bagi mewakilinya jika dia terus enggan hadir. - Agensi
1. Untuk suami / isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
2. Untuk anak / adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat , kerana itu bermakna kita cukup makan .
5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar .
7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci / digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. Untuk keletihan / kesakitan otot selepas seharian bekerja , kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
AND FINALLY ........ for reading this personal and meaningful post because it means you have friends who are thinking of you. "Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"
Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah, Sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, Iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, Ukhwah kita utk selamanya..
BEBERAPA anggota polis memeriksa lokasi serangan letupan bom di sebuah landasan kereta api di wilayah Yala semalam.
BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva semalam secara terbuka menyambut baik saranan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kuasa autonomi dilaksanakan di wilayah majoriti penduduk Islam di selatan Thai yang bergolak sejak Januari 2004.
Menurut Abhisit, beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan lebih mendalam semasa Najib melawat Thailand pada Disember ini.
"Ia satu langkah baik. Kerajaan saya berusaha untuk menghasilkan cadangan itu," kata Abhisit.
Najib ketika diwawancara akhbar The Nation yang disiarkan kelmarin mengesyorkan Bangkok memberi 'satu bentuk autonomi' kepada wilayah itu setelah lebih 3,900 penduduk mati akibat serangan gerila pemisah.
Jurucakap kerajaan Thailand, Panitan Wattanayagorn berkata, perdana menteri Malaysia itu mengakui keganasan di wilayah selatan itu merupakan hal ehwal dalaman negara Thai.
Menurutnya, Najib berikrar akan bekerjasama dengan Thailand untuk menyelesaikan masalah itu.
Sementara itu, seorang askar cedera apabila sebutir bom yang disembunyikan di landasan kereta api di wilayah Yala diletupkan menerusi alat kawalan jauh semalam.
Namun, menurut polis, perkhidmatan kereta api akan diteruskan selepas siasatan di tempat kejadian. - AFP
~ petikan dari kosmo
p/s : semoga segala urusan utk membantu saudara kita disana dipermudahkan..
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
MADINA mendukung anaknya, Ali.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi
B : Memang pun, aku dalam usaha nak buang tabiat lama..Aku nak try “cipta” tabiat baru..Nape salah ke??
A : Takdelah..tapi pelik ar ko pakai cam ni..tak yah la nak tunjuk baik..
B : Haaa… sebab tu la aku nak kena berubah jadi baik, sebab aku memang tak baik la..tu yg aku usaha nak berubah jadi lebih baik..kalo aku dah baik pun aku nak berubah jadi lebih baik..ko tau tak??
A : Tau pe??
B : Allah tak tengok ko lawa ke x, tapi Dia tengok “baik” ke tak..
A : Aku tau la..tak yah la nak ceramah kat aku..Aku bukan budak kecik yg tak tau pe2..
B : Ooooo..kiranya selama ni ko memang tau la..habis nape tak buat??
A : Aku takde kekuatan la nak pakai cam ko ni..cam ustazah2 je..aku bukannya baik
sangat..
B : Takde kekuatan???? Erm pelik ar..bukan ke ko ni slalu “berkekuatan”..pantang org
suruh, ko mesti buat punyer, tapi bab ni ko takde kekuatan plak…pelik btol la ko ni..
A : Tak yah la perli aku…
B : Aku tak perli la..takde niat pun…ko jangan riso, aku tak suka perli2 ni…Cuma kutuk
sikit jer..hehe..
A : Kurang asam minah ni…
B : Haa..sebab tu la aku nak tambah..nak touch up, nak lebihkan..supaya yg kurang tu bertambah..ko ni..cam tak tau plak..cik kak ko tau tak???
A : Pe??
B : Kekuatan tu datang dari mana??
A : Ntah ?? malas aku nak pk..
B : Haaa…tengok…tu tabiat yg ko perlu buang..kalo ko x tau tanya la wei..xkan ko malu
kot ngan aku..memang bukan k oar kalo malu..sebab aku tau ko ni jenis sepsis yg x malu..
Sebenarnya kekuatan tu datang dr diri kta sendiri, keadaan persekitaran pun memainakn peranan gak, tapi tu hanya sebagai sokongan gak..tapi yg paling2 penting adalah diri kita sendiri…
A : Ko ni kan..kalo bab2 ceramah pandaiiii jer…
B : Bukan ceramah, Cuma kongsi idea jer…
A : Ye la…
Sahabat2 nape susah sangat kita nak berubah, sedangkan kita dah tahu benda tu tak betul?? Sebab kita takde kekuatan..betul ke???Hakikatnya sebab kita risau apa pandangan org lain pada kita..sebenarnya kekuatan tu kita boleh kawal sebab benda tu datang dari dlm diri kita sendiri..so, kalau kita nak kata sebab kekuatan, agak mustahil la..kita sebenarnya lebih mementingkan pandangan org lain..pandangan manusia lain..takut nanti bila kita dah berubah, org akan mengata dan perli, mengumpat pasal kita..Patut ke kita kisah tu semua??? Sebenarnya kita nak cari redha sape??redha manusia ke?? Ingat sahabat2..memang kita nak kena cari redha manusia..tapi cuma 2 org manusia jer..MAK AYAH…kat dunia ni kita cuma nak kena cari redha mak ayah supaya kita boleh grab redha Allah..tapi tujuan utuma kita hidup adalah utk kejar redha Allah..
Jadi jangan sekali2 malu nak buat baik..tapi malulah utk buat jahat..jangan kisah dengan kata2 manusia lain..yg penting kita tahu apa yg kita buat…sanggup ke kita menderita lama hanya kerana nak mengejar bahagia yg sementara??????? Fikir2 kan…hanya kita yg berhak keatas diri kita…jgn sia2kan “anugerah” ni…
HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...
HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...
HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU…
Kehidupan adalah perjalanan memilih pelbagai pilihan. Justeru, kebolehan membuat keputusan adalah suatu yang penting demi memastikan kehidupan berada pada landasan yang betul. Keputusan yang tepat memberikan kepuasan kepada diri sendiri dan pihak yang lain turut terlibat. Namun begitu, adakalanya berlaku juga kesilapan dalam membuat keputusan. Hal inilah yang membimbangkan kita.
Ramai antara kita yang takut dalam membuat keputusan kerana takut tersilap. Ada yang tidak dapat menerima kesilapan sehingga tidak dapat bertindak dan sanggup membunuh diri. Yang penting berani mencuba dan berani menerima kegagalan. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan kerana jangkauan akal kita adalah terhad.
Kesilapan harus diterima sebagai panduan kehidupan. Terimalah kesilapan secara positif dan hati terbuka demi keharmonian dalam kehidupan. Resam Melayu mengatakan kehidupan dilalui dengan 'asam garam', iaitu adakalanya masam dan masin yang menggambarkan bahawa kehidupan ini dilalui dengan pelbagai pengalaman yang akhirnya menjadikan kehidupan semakin lengkap.
Seperti yg dirancang, kami bertolak ke sekolah adik krn hari ini diakan majlis solat hajat dan bacaan Yasin bagi pelajar tingkatan 3. Kami bertolak lebih kurang jam 10 pagi..Masa dlm kereta 2 tiba2 mak teringat pasal baju yg adik pesan semalam..sebenarnya baju tu mak dah siap iron dan digantung dlm bilik mak, tapi terlupa nak bawa masa kuar tadi..Jadi kami terpaksa patah balik utk ambil baju..
Setelah baju tu diambil, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor..Sedang asyik kami bersembang, tiba2 berlaku sesuatu yg kami memang x sangka2, Kami dengar bunyi something yg meletup..tiba2 kami lihat cermin depan keta kami retak...ia terus retak dan retak..saya sangat terkejut..memang x sangka nak jadi cam nie..saya agak panik gak la sebab x penah lagi berdepan dgn situasi cam nie..mak kata lps bunyi tu, mak kalih ke cermin sisi pemandu, then katanya dia lihat lori yg pass by tadi..mungkin cermin keta kami terkena batu dari lori tadi..mak kata sebelum ni pon penah terjadi..kejadian yg sama, cuma tempat dan keta jer berbeza..
mak terus call produa nak tanya sal keta tu..pastu mak call insuran plak..mak try check samaada insuran keta tu cover cermin ke x..then officer kat sana kata takda..then pihak insuran tu dah call towing truk utk kami..so kami tunggulah dgr sabar..Alhamdulillah x lama pas tu towing truk pon sampai dan kami dihantar ke salah satu bengkel di rawang.. -------------------------------------------------------------------------------------------------- sEbenar apa yg saya nak bg tau, sebelum ni saya selalu tengok keta lain yg kena towing..tiap kali tengok tu saya tertanya2 apa perasan tuan keta bila keta diorang kena towing..x tau nape hati ni tertanya2..kalo ikutkan, saya slalu jer nek keta yg dipandu laju..140 - 150 km/j...bg saya biasa jer...xde perasaan gementar..malah saya rasa seronok ada la...(hehe..nakal3)
Tengok betapa Allah Maha Mengetahui..saya x penah pun ckp kat sape2 tentang perasaan (perasaan ingin tau) tu..Tapi Allah tau..then DIA bukan takat bagi jawapan malah bagi saya rasa terus..so lps ni saya xdelah tertanya2 lagi...Alhamdulillah =)...
p/s: Ini hanya perkongsian pengalaman hidup saya ja =)..
Dulu masa kecik2 kalau nak buat jahat, mak ngan ayah selalu cakap cam ni : "Buatlah kalau berani. Nanti nak masuk neraka?"
Tujuannya cuma nak takutkan anak2 dia. Nak ajar anak dia yg benda tu x elok dan berdosa. Anak2 plak bila dengar pasal neraka ni, rasa gerun sikit. Almaklumlah, kat sekolah ustaz/ustazah selalu ingatkan kita pasal syurga dan neraka.
Pastu bila nak buat benda yg baik plak , mak ayah mesti cakap : "haaa..cam tu la baru betul. Kalau buat cam tu nanti dapat pahala, dapat masuk syurga".
wah, kalau dengar cam tu, semangat ja nak buat..pastu mesti rasa cam "ketagih" nak buat lagi..sebab time tu hati masih suci, senang ja nak faham bila org cakap..dulu seronok sangat bila org cakap pasal syurga..excited jer..
Sahabat2, dulu dan skang lain sangat, tapi syurga dan neraka Allah tetap sama..tak kira, dulu, sekarang even masa depan pun, benda tu tetap sama. Sama dari segi nikmat dan azabnya..Cuma sekarang ni kita tak nampak dan tak leh rasa jer..
Ada satu hadith : Dari Sahal bin Saad r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya:”Di dalam syurga terdapat sebatang pokok yang naungannya tidak terlewat (tidak terlepas dilalui di bawahnya) oleh seorang pengendara selama seratus tahun.” (Muslim)
Huraian:
Allah berfirman yang maksudnya:"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" (ali-Imraan:133)
Sememangnya syurga itu sungguh luas dan setiap manusia menginginkan syurga di akhirat. Syurga, di dalam al-Quran, disebut Jannah. Penghuninya adalah orang-orang yang bertaqwa . Maka alangkah bahagianya sekiranya kita dapat membimbing diri kita, anak-anak dan isteri kepada cara hidup yang diredhai Allah sehinggakan semuanya terselamat daripada api neraka. Bahkan sebuah keluarga yang bertakwa itu bukan sahaja akan bersama-sama mengecap kebahagiaan di dunia tetapi di akhirat juga mereka akan berkumpul lagi untuk kehidupan yang selama-lamanya.
Firman Allah S.W.T yang maksudnya:”...syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.” (ar’Ra’d: 23)
ya Allah, betapa nikmatnya jika kita dapat mengecapi kehidupan di syurga yg kekal abadi ini. Kehidupan yg membahagiakan lagi menyenangkan. Kehidupan yg diidam2kan oleh semua muslimin dan muslimat.
Ya Allah, jadikanlah kami golongan yg soleh dan solehah, supaya kami dapat merasai nikmat syurgaMu. Ya Allah kurniakanlah kami syurga tertinggiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Penyayang.Amin =)
Tak tau nape tiba2 terpanggil utk menulis pasal tajuk nie. Alhamdulillah setelah satu hari perjalanan yg agak memenatkan..Saya sampai ke destinasi yg dituju. Tepat jam 5.30 ptg bas sampai di terminal bas Hentian Putra. Sesampai sahaja disana saya dgn segera mengangkut 2 beg kecil utk ke surau. Setelah menghantar sms kpd mak cik (lebih kurang cam mak sendiri dah => ) hp saya tiba2 padam..erm..rupa-rupanya dah kehabisan bateri..Macam mana ni? Macam mana nak contact dgn mak cik lepas nie?? Erm..charger xde la plak. Jadi saya duduk jer dlm surau tu, menanti dgn pasrah. Kebiasaannya mak cik akan park kereta disebelah surau, jadi sambil2 menunggu mak cik sampai, saya mengintai melalui tingkap surau. Setelah agak lama didlm surau tu, mak cik pun muncul. Sambil bersalaman mak cik memberitahu saya bahawa dia cuba kol beberapa kali, tapi x dapat2..then dia ke toilet..lama lepas tu baru dia ke surau..seb baik mak cik ke surau, kalo x memang x balik lah saya agaknya..
Dlm perjalanan balik ke Rawang, umah dimana saya “menumpang kasih dan sayang”, dan merangkap office bagi saya, kami singgah di pasar (x sure pasar tani or pasar malam). Kami ada membeli beberapa juadah utk makan malam nanti. Setelah selesai m’bersihkn diri, kami makan malam. Bagi saya makan mlm ni agak lama gak la..sambil makan kami discuss pasal keje ckit, sambil2 tu mak cik ada baca 1 buku. Buku yg agak menarik. Sambil membaca tu mak cik ada buat ulasan pasal buku tu.
Saya Cuma nak konsi kisah dibawah :
Pada zaman nabi, ada sorang perempuan muda yg mengendong seorg lelaki tua..Tba2 terjumpa dgn sahabat2 Nabi. Lalu mereka b’tanya, “wahai wanita, kenapa kamu mengendong lelaki tua itu?” . Maka jawab si perempuan tadi, “Ketahuilah bahawa lelaki tua ini adalah bapaku dan dia mahu bermain2 dgn ku”. Para sahabat sangat terkejut. Maka para katanya, “lihatlah, inilah contoh anak yg baik” . Tetapi perempuan muda tadi menyampuk dan memberitahu , “Tidak. Sesungguhnya aku bukan anak yg baik krn aku selalu tertanya2 bilakah ayahku akan mati”
MOralnya : tengoklah kasih sayang antara anak dan ayah ni and it could be love among daughter and mom. Betapa ayah dan ibu kita kasih dan sayangnya pada kita. Semasa kita kecil dulu, dia slalu mendoakan supaya kita dipanjangkan umur, tapi sebaliknya berlaku bila kita yg menjaga mereka. Kita jadi sangat sensitif. Cepat marah, mudah terasa hati, kita mudah rasa penat. Sesungguhnya sedarlah wahai umat manusia. Itu tanggungjawab kita. Kita kena laksanakan. Melainkan kita x takut di hari pembalasan nanti.
Dulu waktu kita masih kecil, semua kehendak kita mak ayah turuti tanpa rasa jemu.
Semua masa kita dipenuhi gelak ketawa kerana mereka cuba menceriakan hari2 kita. Semua kemahuan kita mereka tunaikan tanpa mengira penat dan lelah, walau sesukar mana pun, tapi demi insan yg bernama anak, mereka sanggup lakukan.
Tapi malangnya bila mereka sudah tua dan tak berdaya, anak2 yg dibesarkan dan ditatang bagai minyak yg penuh ni mula menunjukkan belang. Ibu dan ayah sudah tidak dihiraukan. Kalau ada yg masih kasih dan sayang pada ibu dan ayah mereka, mereka pasti sanggup lakukan apa yg telah ibu dan ayah mereka lakukan pada mereka. Malah mungkin lebih dari tu. Berkasih sayanglah. Dari kasih timbul sayang. Dari sayang berputik simpati. Dari simpati berbunga pengorbanan. Dari pengorbanan berbuah kesetiaan. Kasih dan sayang pada org tua, pengorbanan pada mereka, kesetian yg tak berbelah bagi, insyaAllah takkan sia2.
Jika sekiranya kita rasa berat sangat nak berbakti pada org tua kita, cuba la ingat kembali, kenang kembali jasa2 mereka pada kita. Terbayar tak segala pengorbanan mereka selama ni??Kalo belum, paham2 la..takkan la kita nak jadi org yg berhutang. Hutang yg memang takkan selesai.
Cuba korang bayangkan. Bape lama mak ayah korang berkhidmat utk korang??? Apa yg diorang dapat?? Gaji??? Tak mungkin.. cuba congak kembali, bape thn plak yg korang berkhidmat utk mereka? Sama ka apa yg korang wat dgn apa yg mereka dah buat pada korang??Fikir2kanlah…
Ingatlah walau seburuk mana pun layanan mereka pada kita, tapi mereka masih ada hak keatas kita. Hak sebagai ibu dan ayah. Mereka boleh menuntut hak tersebut. Hak tadi menjadi tanggungjawab yg kita terpaksa pikul, walaupun kita nak atau sebaliknya, tapi hak tu masih dan akan ada selagi kita ada hubungan dengan insan yg bergelar ibu dan ayah.
Semoga dpt menjadi peringatan buat diriku yg “pelupa” ini dan kutujukan buat sahabat2 sekalian.